KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) berhasrat untuk mempercepatkan transformasi digitalnya bagi menyokong peralihan tenaga negara, memastikan pertumbuhan perniagaan yang berterusan untuk syarikat dan mempercepatkan agenda kemampanan.
Ini menyaksikan satu memorandum persefahaman ditandatangani antara syarikat utiliti negara itu dengan Microsoft sempena pelancaran Persidangan ICT (ICON 2022), persidangan digital tahunan TNB, pada Rabu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, kerjasama itu membolehkan kedua-dua pihak meneroka pemodenan asas digital untuk TNB bagi melaksanakan penggunaan luaran yang boleh mengubah perniagaan teras untuk menyokong tonggak strategik kumpulan Grid Masa Depan dan Memenangi Pelanggan, serta meneroka peluang dalam ruang peralihan tenaga.
Katanya, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk bekerjasama mencari dan mengesahkan peluang yang berpotensi melalui beberapa siri projek perintis yang dikenal pasti dalam tempoh dua tahun.
"Pendigitalan adalah elemen penting dalam tunjang strategik Grid Masa Depan TNB, yang merupakan pembolehubah penting dalam menyampaikan peralihan tenaga negara dan untuk mempercepatkan aspirasi kemampanan TNB untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050,” katanya.
Beliau berkata dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Pegawai Penyelesaian Perniagaan Global TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim ketika merasmikan persidangan tersebut dan menyaksikan majlis menandatangani MoU itu antara TNB dan Microsoft.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman diwakili Ketua Pegawai Maklumat TNB, Azlan Ahmad (dua dari kiri) dan Pengarah Urusan Microsoft Malaysia, K. Raman, disaksikan Presiden Microsoft Asia Pacific, Andrea Della Mattea dan Ketua Pegawai Penyelesaian Perniagaan Global TNB, Ahmad Hushairi Ibrahim, semalam.
Grid Masa Depan TNB akan menjadi generasi grid pintar, automatik dan dipacu secara digital untuk memastikan kecekapan maksimum dan kebolehpercayaan bekalan kuasa.
Ia juga akan dilengkapi dengan keupayaan pemulihan diri untuk meminimumkan gangguan bekalan dan juga dijangka menyokong sumber kuasa dwi-arah daripada sumber tenaga teragih dan tenaga boleh diperbaharui (RE).
Menurut Baharin, TNB mengalu-alukan kerjasama dengan pelbagai vendor dan penyedia perkhidmatan teknologi tempatan dan antarabangsa dalam menyampaikan projek dan inisiatif digitalnya dan akan terus berbuat demikian pada masa hadapan.
Bagaimanapun, katanya, bagi mempercepatkan transformasi digital syarikat, TNB percaya dalam mewujudkan perkongsian strategik dengan rakan kongsi teknologi yang dipercayai boleh membantu dalam menawarkan khidmat nasihat, bimbingan dan kepakaran dalam bidang teknologi digital.
Beliau juga memberitahu, dalam usaha untuk mempercepatkan pendigitalan bagi Grid Masa Hadapan dan Memenangi Pelanggan, beberapa pelaksanaan pendigitalan utama dikenal pasti untuk Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) di mana TNB komited untuk melabur RM2.5 hingga RM2.7 bilion dalam tempoh 3 tahun akan datang.
"Ini adalah selaras dengan sokongan berterusan TNB terhadap inisiatif yang diterajui kerajaan dalam memacu peralihan tenaga di Malaysia, mewujudkan lebih banyak nilai ekonomi melalui pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan peluang pekerjaan baharu dalam sektor tenaga.
"Di samping itu, ia juga bagi memastikan syarikat kekal dalam kedudukan untuk pertumbuhan perniagaan yang positif dan mencapai aspirasi sifar bersih menjelang 2050," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Sep 14 2022
Grid Masa Depan TNB akan menjadi generasi grid pintar, automatik dan dipacu secara digital untuk memastikan kecekapan maksimum dan kebolehpercayaan bekalan kuasa. - Dagang News
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Alor Setar, Sik
TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang, Kuala Terengganu
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.
TNB tutup 14 lagi pencawang elektrik di Kelantan
Sebanyak 14 lagi pencawang elektrik dihentikan bekalannya bermula 1 pagi tadi ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Kuala Krai.
Banjir: 11 pencawang elektrik di Kelantan dihentikan bekalan elektrik
Sebanyak 11 pencawang elektrik dihentikan bekalan elektrik setakat malam ini ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah.