awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar

Bernama
Bernama
30/11/2024
06:15 MYT
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB memaklumkan dakwaan itu adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan. -Gambar fail/TNB
ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu seperti yang tular di media sosial.

Ringkasan AI
  • TNB menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu seperti yang tular di media sosial dan meminta orang ramai tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
  • TNB menyatakan bahawa penutupan bekalan elektrik hanya akan dilakukan di pencawang yang terlibat jika banjir semakin buruk dan membahayakan keadaan, untuk memastikan keselamatan pengguna setempat.
  • Sebarang gangguan bekalan elektrik atau kerosakan aset TNB boleh dilaporkan melalui talian 15454, mesej di Facebook TNB Careline, Direct Message ke x@Tenaga_Nasional, atau emel kepada [email protected].

TNB Careline dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Pada masa sama, TNB meminta supaya tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan.
"Bagaimanapun, sekiranya banjir semakin buruk, berisiko atau membahayakan keadaan, penutupan bekalan akan dilakukan di pencawang elektrik yang terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna setempat," katanya.
Sebarang gangguan bekalan elektrik atau kerosakan aset TNB boleh melaporkan di talian 15454, Private Message (PM) di Facebook TNB Careline, Direct Message (DM) ke x@Tenaga_Nasional atau emel kepada [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#berita palsu
#gangguan bekalan elektrik
#Alor Setar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan