awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah

Khalis Khadir
Khalis Khadir
03/12/2024
11:30 MYT
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Datuk Seri Fadillah Yusof, taburan hujan juga adalah dua kali ganda berbanding purata biasa, ditambah dengan keadaan air pasang besar. - Gambar/ FB Fadillah Yusof
KUALA LUMPUR: Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, taburan hujan juga adalah dua kali ganda berbanding purata biasa, ditambah dengan keadaan air pasang besar.
"Punca banjir di Kelantan dan Terengganu disebabkan hujan lebat melebihi enam jam yang membawa taburan limpahan hujan dua kali ganda lebih tinggi daripada kebiasaan yang berbeza mengikut tempat.
"Ada tempat limpahan hujannya melebihi dua kali ganda daripada jumlah purata hujan daripada biasa selain didorong keadaan air pasang besar. Ini bermakna paras sungai, laut yang sedia tinggi bertembung dengan hujan mengakibatkan limpahan sungai lebih tinggi daripada tahun 2014," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mendengar Taklimat Banjir Monsun Timur Laut 2024/2025 di Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, di sini, pada selasa.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata, setakat ini Kelantan mencatatkan bacaan hujan luar biasa di sembilan stesen termasuk Kusial, Tanah Merah dengan 1,167 milimeter manakala Terengganu merekodkan bacaan tertinggi di Kalabe, Besut dengan 1,439 milimeter.
Sementara itu, beliau memaklumkan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil langkah menutup pencawang elektrik di beberapa kawasan di negeri terjejas banjir bagi mengelak kemalangan berkaitan elektrik.
Jelasnya, tindakan itu adalah prosedur biasa bagi memastikan keselamatan orang ramai.
"TNB juga pantau 13 empangan hidroelektrik 24 jam dan ada prosedurnya. Misal kata kalau dalam bahaya, air akan dilepaskan secara berkala untuk elak banjir tapi sekarang ini semua kawasan empangan dalam keadaan terkawal, tiada limpahan berlebihan," ujarnya.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#banjir
#TNB
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan