IPOH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) komited membantu Ipoh mencapai impian menjadi sebuah bandar raya pintar, berdaya huni, berdaya tahan dan lestari menjelang 2030 sejajar dengan Hala Tuju Kelestarian syarikat utiliti itu untuk mencapai pelepasan sifar bersih 2050.
TNB baru-baru ini mewujudkan kerjasama strategik dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi membekalkan produk dan perkhidmatan kecekapan tenaga serta solusi tenaga boleh baharu (RE) bagi mempromosikan kehidupan lestari serta hijau.
Ia meliputi pemasangan sistem solar fotovoltaik, lampu jalan pintar LED, sistem prestasi tenaga dan sistem pemantauan, ekosistem pengecasan kenderaan elektrik dan meter pintar yang menjadi antara komponen menjadikan Ipoh Bandar Raya Pintar.
Memorandum Persefahaman (MoU) mengenainya di antara TNB dan MBI serta Perjanjian Bekalan untuk Tenaga Boleh Diperbaharui (SARE) bersama anak syarikat milik penuh TNB, GSPARX ditandatangani sempena Majlis Pelancaran Pelan Perancangan Strategik MBI, Ipoh Bandar Raya Rendah Karbon dan Walkable City 2030 pada 9 Februari lalu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang merasmikan majlis itu serta menyaksikan acara memeterai MoU dan SARE berkata, “MBI berhasrat menjadikan Ipoh sebagai Bandar Raya Rendah Karbon selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia yang ingin melihat kesemua 154 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara melaksanakan inisiatif-inisiatif berkenaan.”
“Matlamat utama inisiatif ini adalah untuk mengurangkan intensiti pelepasan karbon di seluruh negara selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45% menjelang tahun 2030,” katanya.
MoU dan SARE itu ditandatangani Ketua Pegawai Pelanggan (SME & Residential) TNB, Raja Datuk Abd Jalil Raja Zaid dan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud.
Merujuk pakatan strategik tersebut, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, “TNB menghargai kerjasama kukuh yang telah kami bina selama ini dengan MBI dan kami percaya inisiatif terbaharu ini amat penting untuk membantu bandaraya Ipoh menjadi model Bandar Pintar di Malaysia menjelang 2030.”
“Melalui perancangan teliti dan perkongsian kepakaran di seluruh TNB, kami yakin dapat menunaikan janji kami untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menyokong kedua-dua aspek ekonomi dan kebajikan sosial penduduk Ipoh dalam mencapai Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh 2020-2030,” jelasnya.
Kerjasama TNB dan MBI ke arah itu bermula Januari tahun lalu melalui program Smart City Blueprint yang mana MBI, TNB dan GSPARX, telah menandatangani SARE bagi pemasangan solar panel fotovoltaik di bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Pemasangan itu disiap pada bulan Julai 2021 dengan memberi penjimatan bil elektrik hingga RM2.5 juta kepada MBI bagi tempoh 21 tahun.
MoU terbaru ini pula, bakal meluaskan lagi penglibatan TNB dalam membawa kehidupan lebih sejahtera kepada penduduk bandar raya Ipoh dalam suasana lebih kondusif sejajar aspirasi TNB, Better World, Brighter Lives sebagai pembekal terunggul bagi solusi tenaga mampan di Malaysia dan antarabangsa. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Feb 21 2022
Saarani (tengah) dan Nolee Ashilin (kiri), Mohd Zolkafly (dua dari kanan) menyaksikan majlis memeterai MoU. -Dagang News
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Guru rugi RM198,550 ditipu 'pegawai polis', 'wakil TNB'
Hujan lebat berterusan, air pasang besar punca Kelantan, Terengganu banjir teruk - Fadillah
Banjir besar yang berlaku di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu ketika ini berpunca daripada hujan lebat luar biasa yang berterusan.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa lokasi di Alor Setar, Sik
TNB menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan di sini dan Sik demi keselamatan orang awam susulan keadaan banjir yang semakin serius.
Banjir: TNB tutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Marang, Kuala Terengganu
TNB Careline menerusi hantaran di Facebook berkata kawasan yang terputus bekalan elektrik susulan penutupan itu adalah di Kem Panji Alam, Marang, Wisma TG Ramly dan Tepoh di Kuala Terengganu.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Dakwaan Empangan Pergau lepaskan air tidak benar - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan dakwaan Empangan Pergau, Kelantan akan melepaskan air seperti yang tular di media sosial.