MELAKA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menebat beberapa pencawangnya di kawasan berisiko banjir di Melaka Tengah bagi mengelak dinaiki air akibat bencana itu terutama ketika musim tengkujuh, kata Pengurus Besarnya Khairizam Ibrahim.
Beliau berkata antara pencawang yang selesai ditebat adalah di Taman Merdeka dan Sungai Putat di sini, yang sering dilanda banjir kilat walaupun hujan berlaku dalam tempoh singkat.
"Dua lagi pencawang di Alor Gajah juga dalam proses ditebat dan dijangka siap pada tahun depan bagi mengelak kerugian kira-kira RM50,000 bagi setiap pencawang jika dimasuki air.
"Proses menebat pencawang itu menggunakan cara melebarkan asas pencawang dan membuat dinding bagi mengelak banjir," katanya kepada pemberita di sini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata TNB akan melaksanakan pemeriksaan lebih kerap ke atas pepasang di negeri itu terutama ketika berlaku hujan bagi memudahkan operasi mematikan bekalan elektrik jika bencana berlaku untuk memastikan keselamatan di kawasan sekitar terutama yang berpenduduk.
Katanya bagaimanapun, pihaknya akan memastikan bekalan elektrik stabil sepanjang masa di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir yang dipindahkan.
"Malahan di peringkat operasi TNB kita sediakan generator mudah alih jika diperlukan di mana-mana PPS yang terjejas dengan bekalan elektrik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Antara pencawang yang selesai ditebat adalah di Taman Merdeka dan Sungai Putat yang sering dilanda banjir kilat walaupun hujan berlaku dalam tempoh singkat. -Gambar hiasan

Gempa bumi Turkiye: Doakan wira kami selamat pergi dan kembali - Isteri anggota SMART
Isteri mana yang tidak sedih, apatah lagi bimbang, lebih-lebih lagi menyedari tugasan tersebut datang bersama risiko yang tinggi.

COVID-19 | 32 hari jangkitan baharu kekal bawah 500
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada di bawah 500 kes untuk 32 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada rabu naik sedikit kepada 189 kes, berbanding 184 kes yang dilaporkan hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, satu adalah kes import.

Rashford, Sancho selamatkan maruah Red Devils di Old Trafford
Wilfried Gnonto mengejutkan The Red Devils dengan meledak gol pada minit pertama.

AWANI Ringkas: Agong seru rakyat salur bantuan kemanusiaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bayaran PLKS kru nelayan warga asing dikurangkan - DOF
Kadar bayaran PLKS bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama.

Twitter alami gangguan teknikal
Walaupun tweet yang dimuat naik sebelum ini masih kelihatan, pengguna berdepan dengan mesej "anda telah melebihi had harian untuk menghantar tweet".

Piala Dunia Kelab: Real intai gelaran dunia buat kali kelima
Kualiti cemerlang Real memastikan mereka melakukan pehitungan final dengan Al-Hilal di final Sabtu ini.

Inisiatif Menu Rahmah tidak libat perbelanjaan kerajaan - Salahuddin
Salahuddin berkata, ia adalah sepenuhnya komitmen peniaga yang secara sukarela menyertainya.

Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.

Pakar undang-undang antarabangsa, Prof Rothwell sampai syarahan ulung di USIM
Beliau berkunjung ke USIM dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia bagi menyampaikan kuliah umum berjudul The Regime of Islands under International Law'

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

TNB keluar notis, roboh reban ayam di kawasan seliaannya
Pelaku telah diberikan notis bahaya serta dinasihatkan untuk merobohkan segera struktur-struktur dibina tanpa kebenaran bagi menjamin keselamatan diri sendiri dan orang awam.

Wanita maut nahas kereta, lori
Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah lori dalam kejadian berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB) Renggam, Simpang Renggam dekat sini pada Selasa.

Hasan Arifin letak jawatan Pengerusi TNB berkuat kuasa 1 Jan
Beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi atau pengarah dalam anak-anak syarikat di bawah kumpulan syarikat TNB.

DBKL bertindak, bekalan elektrik haram di Jalan TAR dipotong
Sebanyak sembilan suis haram dicabut dan kerja-kerja pemotongan bekalan elektrik telah diambil dalam operasi Bersepadu Pedawaian Haram Elektrik di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Khamis.

Banjir: TNB putuskan bekalan elektrik, sediakan set mudah alih di PPS
Langkah berkenaan juga bertujuan meminimumkan kerosakan pepasangan TNB dan memastikan pengurusan bekalan tenaga teratur.

TNB ceburi pembangunan ladang solar di United Kingdom
Pelaburan ini memaparkan satu pencapaian bermakna untuk TNB dalam usahanya mengembangkan lagi pembangunan tenaga boleh baharu di UK.

Bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir mulai pulih - TNB
Beberapa kawasan di lima daerah terjejas banjir kembali menerima bekalan elektrik bermula 1 pagi tadi.

Banjir Terengganu: TNB nafi gangguan elektrik di seluruh negeri
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan laporan yang tular di media sosial hari ini berkenaan kemungkinan gangguan bekalan elektrik di seluruh Terengganu pada petang ini.

TNB siasat insiden tiga beradik maut kena renjatan elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan siasatan insiden tiga beradik maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam bencana banjir di Kelantan.