awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tony Fernandes jual semua saham dalam QPR, tumpu bangun semula perniagaan penerbangan

Bernama
Bernama
10/07/2023
14:54 MYT
Tony Fernandes jual semua saham dalam QPR, tumpu bangun semula perniagaan penerbangan
Tony, yang membeli QPR pada 2011, berkata meninggalkan QPR adalah satu keputusan sukar namun, ia dibuat berasaskan keazaman yang jelas iaitu masa dan kepakarannya diperlukan di tempat lain. - Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah menjual keseluruhan pegangan sahamnya dalam QPR Holdings Ltd, syarikat induk Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR).
Dalam kenyataan pada Isnin, Capital A menjelaskan tindakan strategik ini, yang akan membolehkan beliau menumpukan masa dan usaha bagi mengembangkan perniagaan digital AirAsia dan Capital A, adalah seiring dengan visi beliau untuk memacu pertumbuhan dan inovasi dalam sektor utama ini.
Tony, yang membeli QPR pada 2011, berkata meninggalkan QPR adalah satu keputusan sukar namun, ia dibuat berasaskan keazaman yang jelas iaitu masa dan kepakarannya diperlukan di tempat lain.
"Kini AirAsia kembali pulih sepenuhnya dan berkembang semula, saya 'berhutang' kepada Allstars (warga pekerja syarikat penerbangan itu) dan pemegang saham kami untuk memberikan 100 peratus tumpuan saya dalam membina semula perniagaan syarikat penerbangan dan mengembangkan syarikat digital untuk memberikan nilai luar biasa kepada penduduk Asean, dengan terdapat permintaan kukuh terhadap produk dan perkhidmatan kos rendah, bernilai tinggi," katanya.
Selain itu, beliau mahu mengalihkan tumpuan kepada usaha memuktamadkan pelan penyusunan semula untuk mengeluarkan Capital A daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
"Saya yakin, keluar daripada PN17 adalah bergerak mengikut hala tuju yang betul. Langkah memperkukuh lembaran imbangan dan membina model pertumbuhan teguh dalam semua perniagaan daripada perniagaan syarikat penerbangan, logistik, pelancongan dan perniagaan teknologi kewangan digital serta perkhidmatan penerbangan juga semakin berlaku dengan pantas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Tony Fernandes
#AirAsia
#QPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan