BISNES
Trafik KLIA naik 10 peratus didorong pengembangan rangkaian - MAHB

Secara keseluruhan, lapangan terbang di bawah MAHB mengendalikan sebanyak 13.3 juta penumpang pada Julai, meningkat 5.7 peratus daripada Jun. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatatkan peningkatan 10.3 peratus untuk trafik penumpang antarabangsa pada Julai 2025, mencecah 3.9 juta berbanding 3.6 juta pada Jun.
Ringkasan AI
- KLIA mencatat peningkatan 10.3% trafik penumpang antarabangsa pada Julai 2025, mencecah 3.9 juta penumpang berbanding 3.6 juta pada Jun, dipacu oleh peluasan rangkaian seperti laluan baharu Loong Air ke Xian.
- Kesalinghubungan dengan China memperkukuh peranan KLIA sebagai hab serantau, serta membuka peluang perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan Asia Tenggara.
- Jumlah keseluruhan penumpang di rangkaian MAHB mencecah 13.3 juta pada Julai, termasuk 8.9 juta di Malaysia dan 4.4 juta di Lapangan Terbang Sabiha Gken, Turkiye peningkatan 5.7% berbanding bulan sebelumnya.
"Hubungan udara secara terus dengan bandar sedang pesat membangun seperti Xi'an bukan sahaja meningkatkan trafik penumpang, malah membuka peluang perdagangan dan pelaburan yang lebih luas.
"Ini meletakkan Malaysia sebagai pintu masuk penting bagi pergerakan antara China dan Asia Tenggara, menyokong pertumbuhan dalam sektor penerbangan, pelancongan dan perdagangan serta meningkatkan integrasi serantau," katanya.
Dalam rangkaian lapangan terbang tempatan, Malaysia Airports mengendalikan 8.9 juta penumpang pada Julai, terdiri daripada 4.6 juta penumpang antarabangsa dan 4.3 juta penumpang domestik.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul, aset milik penuh kumpulan itu di Turkiye, mencatatkan 4.4 juta penumpang pada bulan tersebut, iaitu 2.3 juta penumpang antarabangsa dan 2.1 juta penumpang domestik.
Secara keseluruhan, lapangan terbang di bawah kumpulan itu mengendalikan sebanyak 13.3 juta penumpang pada Julai, meningkat 5.7 peratus daripada Jun.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami