KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Indonesia, PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) telah membuat penerbangan antarabangsa sulungnya dari Jakarta ke Kuala Lumpur dan mendarat pada 9.50 pagi hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

TransNusa akan pada peringkat awal akan mengendalikan dua penerbangan pergi balik setiap hari untuk laluan Jakarta-Kuala Lumpur, dengan semua penerbangan berkenaan mempunyai slot masa penerbangan utama yang mendapat permintaan tertinggi.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu akan diperkenalkan sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan premium bagi laluan antarabangsanya, katanya.

Penerbangan akan berlepas dari Jakarta ke Kuala Lumpur pada 7 pagi dan 4.50 petang waktu tempatan, manakala perlepasan harian Kuala Lumpur ke Jakarta akan tiba pada 10.40 pagi dan 10.35 malam, dengan harga tiket promosi semasa ditetapkan serendah RM229.

"TransNusa juga telah memastikan bahawa semua penerbangan akan berlepas dan tiba di lapangan terbang antarabangsa utama sahaja.

"Penerbangan yang berlepas dan tiba di Indonesia akan mendarat di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta manakala penumpang yang berlepas dari Kuala Lumpur boleh menikmati kemudahan yang terdapat di KLIA," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TransNusa Datuk Bernard Francis berkata perkhidmatan yang ditawarkan syarikat penerbangan itu melebihi daripada syarikat penerbangan tambang rendah lain untuk laluan antarabangsanya.

"TransNusa telah mengkonfigurasi A320 (pesawat) mereka dengan konfigurasi tempat duduk 168-174, yang membolehkan penumpang menikmati ruang kaki 30-31 inci, setanding dengan pengalaman yang diperoleh dalam syarikat penerbangan perkhidmatan penuh," katanya. Selain laluan Kuala Lumpur-Jakarta, syarikat penerbangan itu kini mengendalikan 10 penerbangan harian untuk laluan Jakarta-Bali dan tiga kali sehari untuk laluan Jakarta-Jogjakarta.

"TransNusa telah menggubah A320 (pesawat) mereka dengan konfigurasi tempat duduk 168-174, yang membolehkan penumpang menikmati ruang kaki 30-31 inci, setanding dengan pengalaman yang diperoleh dalam syarikat penerbangan perkhidmatan penuh," katanya.

Selain laluan Kuala Lumpur-Jakarta, syarikat penerbangan itu kini mengendalikan 10 penerbangan harian untuk laluan Jakarta-Bali dan tiga kali sehari bagi laluan Jakarta-Jogjakarta.

-- BERNAMA