awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UDA Land East bakal bangun 'Uda Sky' di Kota Baharu

Bernama
Bernama
06/06/2015
14:26 MYT
UDA Land East bakal bangun 'Uda Sky' di Kota Baharu
...
UDA Land East Sdn Bhd, anak syarikat UDA Holdings Berhad, terus mengukuhkan kedudukan di pantai timur Semenanjung menerusi projek pembangunan terbaharu 'UDA Sky' di Kota Baharu, Kelantan.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bahagian Pembangunan Hartanah UDA, Datuk Mohamed Marzuk Mohamed Basir berkata projek kediaman bertingkat tinggi itu dijangka dilancar pada suku pertama 2016 dan siap pada 2018.
Ia menawarkan 348 unit pangsapuri berperkhidmatan serta 14 lot kedai dengan harga dari RM248,500 hingga RM1,372,500, katanya yang ditemui pemberita pada pada karnival perumahan 'UDA East Contempo Property Show' di laman Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) Tok Jembal, di sini pada Sabtu.
Projek perumahan terbaharu UDA Land East di Terengganu itu menawarkan lima banglo dua tingkat dan lapan banglo tiga tingkat yang dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini.
"Ketika ini banglo dua tingkat dengan keluasan 3,490 kaki persegi itu berbaki dua unit sahaja lagi manakala bagi banglo tiga tingkat berkeluasan 4,326 kaki persegi pula masih berbaki enam unit," kata Mohamed Marzuk.
Beliau berkata bagi banglo dua tingkat, harga yang ditawarkan ialah dari RM905,860 hingga RM1,126,356 manakala banglo tiga tingkat pula berharga RM1,119,855 hingga RM1,315,089, berdasarkan kepada keluasan tanah.
Mengenai pembangunan hartanah di Kuantan, Pahang, Mohamed Marzuk berkata projek kediaman Pelindung Height iaitu banglo dua tingkat yang dibangunkan UDA Land East, mendapat sambutan yang menggalakkan dengan 99 peratus sudah dijual.
Mengulas perkembangan berkaitan, Mohamed Marzuk berkata UDA Holdings Berhad menerusi bahagian UDA Property sedang giat mempromosikan produk hartanah jenama UDA di seluruh negara.
"Malah pada September nanti, UDA juga bakal mengadakan 'U4ria' yang merupakan karnival hartanah UDA yang ketiga seumpamanya diadakan secara serentak di seluruh negara," katanya.
Topic Berkaitan
#mohamed marzuk mhamed basir
#uda holding berhad
#uda land east
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan