BISNES
Unifi Business lancar program IMPAK BIZ sokong transformasi digital PMKS

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong (empat, kiri), bersama sebahagian wakil Unifi dan usahawan PMKS semasa pelancaran IMPAK BIZ di Kuching, pada 19 Ogos lalu.
KUCHING: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kini berpeluang mendapatkan penilaian tahap digitalisasi perniagaan secara percuma menerusi program IMPAK BIZ daripada Unifi Business, yang dilancarkan sempena CTOS SME Biz Day 2025 di sebuah hotel di sini pada Selasa.
Ringkasan AI
- Program IMPAK BIZ dibawakan oleh Unifi Business, Rakan Digital Pilihan Anda.
"Ia terbuka untuk semua para PMKS, daripada mikro kecil hingga sederhana, bagi memberikan gambaran jelas tentang tahap digitalisasi perniagaan, operasi, interaksi pelanggan, termasuk aspek seperti AI dan keselamatan siber,” katanya.
Melalui program IMPAK BIZ dibawakan oleh Unifi Business yang terkenal dengan slogan Rakan Digital Pilihan Anda, PMKS bukan sahaja mendapat laporan penilaian, malah berpeluang mengikuti sesi perundingan bersama konsultan Unifi Business yang bertauliah di seluruh negara.

Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong memukul gendang sebagai simbolik pelancaran IMPAK BIZ di Kuching.
Antara penyelesaian yang ditawarkan termasuk UNI5G Business, penyimpanan awan, keselamatan siber, alat kolaborasi produktiviti, serta solusi pemasaran digital.
Tambahnya, inisiatif holistik ini turut diperkuatkan dengan kerjasama strategik bersama beberapa rakan industri termasuk BSN yang menyediakan sokongan mikro pembiayaan, Maybank Islamic bagi pensijilan halal, CTOS untuk laporan kewangan percuma, serta RTIST yang menawarkan khidmat kreatif pemasaran bagi meningkatkan mutu jenama.
PMKS yang menyertai program ini juga secara automatik akan dicalonkan dalam Anugerah IMPAK BIZ, yang memberi pengiktirafan serta pendedahan di peringkat nasional.
Katanya lagi, dalam jangka panjang IMPAK BIZ akan membantu PMKS meningkatkan kecekapan operasi, memperkukuh kehadiran digital, mengukuhkan kredibiliti kewangan, dan bersaing lebih berkesan dalam pasaran digital.
“Secara keseluruhannya, IMPAK BIZ membantu PMKS untuk bersaing bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat ASEAN dan global. Harapan kami adalah agar lebih banyak PMKS memanfaatkan alat ini bersama khidmat perundingan yang ditawarkan bagi memajukan perniagaan mereka,” ujarnya.
PMKS yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di https://biz.unifi.com.my/impakbiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami