Skip to main content

Malaysia

PRN Melaka: 94.75 peratus pengundi awal keluar mengundi setakat 4 petang ini - SPR

Seorang anggota tentera menunaikan tanggungjwab sebagai pengundi bagi mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Pusat Pengundian Awal Sekolah Kebangsaan Terendak 2 di Kem Terendak, hari ini.  --fotoBERNAMA
Seorang anggota tentera menunaikan tanggungjwab sebagai pengundi bagi mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 di Pusat Pengundian Awal Sekolah Kebangsaan Terendak 2 di Kem Terendak, hari ini. --fotoBERNAMA

Ringkasan AI

  • Seramai 94.75 peratus atau 9,396 pengundi awal telah keluar mengundi pada PRN Melaka ke-16 setakat jam 4 petang.
  • Seramai 9,917 anggota keselamatan layak mengundi, terdiri daripada 7,472 anggota tentera dan pasangan serta 2,445 anggota polis di 31 pusat mengundi.
  • Proses pengundian berjalan lancar dengan beberapa pusat mengundi ditutup lebih awal, dan SPR menyasarkan 95 peratus keluar mengundi hari ini.
Advertisement

MELAKA: Sebanyak 94.75 peratus atau bersamaan dengan 9,396 pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, setakat 4 petang. 

Menurut dashboard peratusan keluar mengundi secara masa nyata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 9,917 anggota pasukan keselamatan layak mengundi pada hari ini.

Menurut SPR, jumlah itu merangkumi 7,472 anggota tentera dan pasangan serta 2,445 anggota polis, yang layak mengundi di 31 pusat mengundi.

Advertisement

Tinjauan Bernama di Kem Terendak di Sungai Udang dan  Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh hari ini mendapati proses pengundian berjalan lancar dengan cuaca cerah.

Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun sebelum ini berkata beberapa pusat mengundi yang tidak mempunyai ramai pengundi telah ditutup lebih awal pada 12 tengah hari tadi.

Advertisement

Beliau berkata beberapa pusat mengundi lain juga ditutup secara berperingkat pada 2 petang tadi, sebelum selebihnya akan ditutup pada 5 petang. 

SPR sebelum ini menyasarkan peratusan keluar mengundi hari ini adalah sebanyak 95 peratus, dan sebanyak 79 calon mewakili pelbagai parti dan gabungan politik serta calon Bebas layak bertanding pada PRN Melaka kali ini.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Melaka ke- 16, layari https://election.bernama.com/prn/melaka/2026

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement