Skip to main content
Advertisement

Bisnes

Unifi Business pacu digitalisasi industri fesyen dan kecantikan, bantu PMKS ‘scale smarter’

[TB]_Unifi Business, Jiwa SME_ASTRO AWANI
(Dari kiri) Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohamad Yusman Ammeran; Pengasas Laurel B, Sha Hasan; dan Pengasas Sutera Spa, Zuhrah Alassan ketika ditemu bual di lokasi Jelajah Jiwa SME 2026 Selangor. - Foto Astro AWANI
Advertisement

PETALING JAYA: Kreativiti dan produk berkualiti sahaja belum mencukupi untuk membawa perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri fesyen dan kecantikan ke pasaran lebih luas tanpa penyelesaian digital berkesan.

Atas keperluan itu, Unifi Business memperkukuh kedudukannya sebagai rakan pendigitalan PMKS dengan menawarkan ekosistem penyelesaian yang melangkaui sambungan internet, termasuk pemasaran digital, penyimpanan awan, produktiviti dan keselamatan perniagaan.

Naib Presiden Unifi Business, Dr Mohamad Yusman Ammeran berkata, industri fesyen dan kecantikan tempatan mempunyai tahap kreativiti dan potensi yang tinggi, namun cabaran seterusnya adalah membolehkan perniagaan membina jenama dan berkembang pada skala lebih besar.

“Kreativiti itu ada. Kita mahu lonjakkan perniagaan mereka dengan cepat. Oleh itu, kebanyakannya perlu ditumpukan kepada platform (penyelesaian perniagaan) yang boleh bantu perniagaan ‘scale up’.

“Biasanya bisnes yang berjaya menggunakan teknologi sebagai pemangkin bagi mereka memacu perniagaan yang lebih hebat dan menarik. ‘Scale smarter’ itu ialah perkara paling utama,” katanya ketika ditemui di Jelajah Jiwa SME 2026 Selangor.

Menurut beliau, Unifi Business bukan hanya menyediakan sambungan internet yang boleh dipercayai, malah dilengkapkan dengan penyelesaian lain seperti penyimpanan awan, pemasaran digital, produktiviti dan keselamatan bagi membantu PMKS mengurus operasi serta memasarkan produk dengan lebih berkesan.

Rangkaian Unifi Business Broadband ketika ini menawarkan kelajuan daripada 100Mbps hingga 2Gbps bagi memenuhi tahap penggunaan perniagaan yang berbeza, selain pilihan tambahan seperti Mesh Wi-Fi, Fixed IP dan Biz 5G Wireless Backup. Penyelesaian itu boleh digabungkan dengan perkhidmatan digital lain mengikut keperluan sesebuah perniagaan.

Bagi industri fesyen dan kecantikan yang semakin bergantung kepada kandungan video, sesi jualan secara langsung, e-dagang dan tempahan dalam talian, kestabilan sambungan internet menjadi antara infrastruktur utama operasi harian.

Unifi Business turut menawarkan Digital Marketing Solution yang membolehkan perniagaan mengendalikan kempen di platform seperti Facebook, Google, TikTok dan rangkaian digital lain, selain Unifi Cloud Storage untuk penyimpanan serta capaian data secara dalam talian.

Penyimpanan awan Unifi Business membolehkan fail perniagaan diakses oleh pasukan dari lokasi berbeza, dengan data disimpan di pusat data di Malaysia dan dilindungi melalui ciri keselamatan termasuk penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption).

Bagi Pengasas Laurel B, Sha Hasan, sambungan internet yang stabil memainkan peranan langsung dalam strategi jualan syarikatnya yang beroperasi dalam segmen kecantikan dan kesejahteraan.

Pada masa sama, penggunaan penyimpanan awan turut mengubah cara syarikat menguruskan data berbanding kaedah manual yang digunakan sebelum ini.

“Dalam bisnes banyak data yang kita perlu simpan. Sebelum ini kami banyak menggunakan kaedah manual dan ia sangat renyah serta membazirkan masa.

“Dengan adanya perkhidmatan awan, ia sangat membantu untuk penyimpanan dan apabila kita perlukan data tersebut, ia boleh diakses dengan mudah,” katanya.

Keperluan digital yang sama turut dilihat dalam sektor perkhidmatan kecantikan.

Pengasas Sutera Spa, Zuhrah Alassan berkata, sambungan internet yang baik menjadi antara komponen penting dalam menguruskan dua cawangan spa miliknya di Kemaman dan Dungun, Terengganu, khususnya selepas perniagaan beralih kepada sistem tempahan dalam talian.

Menurut Zuhrah, digitalisasi membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat perniagaan melalui carian dalam talian sebelum membuat tempahan secara terus, sekali gus memendekkan perjalanan pelanggan daripada proses mencari perkhidmatan kepada mendapatkan rawatan.

“Sistem di spa saya menggunakan sistem tempahan dalam talian. Jadi saya perlukan internet yang bagus untuk memberikan pengalaman yang baik kepada pelanggan.

“Pada masa sama, untuk produk sendiri saya juga ada jualan secara dalam talian. Pakej yang saya ambil melalui Unifi sangat membantu untuk memperkembangkan perniagaan,” katanya.

Bagi Zuhrah yang memulakan perniagaan sejak 2009, teknologi turut membantu mengatasi cabaran awal dalam mendapatkan pelanggan.

Katanya, berbanding kaedah pemasaran tradisional, kewujudan perniagaan secara digital membolehkan pelanggan mencari Sutera Spa melalui Google, mendapatkan maklumat serta membuat tempahan sebelum mengunjungi cawangan.

Malah, capaian digital turut membuka peluang kepada pelanggan dari luar negara untuk menemui perniagaan tersebut sebelum tiba di Malaysia.

Dalam pada itu, Mohamad Yusman berkata, selain penyelesaian digital, Unifi Business Club turut menjadi platform bagi mengetengahkan PMKS dan memberi pendedahan lebih luas terhadap kreativiti, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan usahawan tempatan.

Pendekatan itu menjadi semakin penting bagi industri seperti fesyen dan kecantikan yang mempunyai produk tempatan kompetitif, tetapi memerlukan kekuatan penjenamaan, capaian pasaran serta sistem operasi yang mampu berkembang bersama permintaan.

Dengan menggabungkan sambungan jalur lebar, penyimpanan awan, pemasaran digital, penyelesaian produktiviti dan keselamatan, Unifi Business melihat teknologi bukan sekadar kemudahan sokongan, tetapi sebagai asas untuk membantu PMKS dalam industri fesyen dan kecantikan berkembang dengan lebih cekap dan berskala.

Unifi Business merupakan penaja utama Jelajah Jiwa SME 2026 yang menjelajah ke lima negeri; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Terengganu, Selangor dan grand finale akan berlangsung di Kedah pada 23 hingga 25 Oktober akan datang.

Must Watch Video

Advertisement