KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat Malaysia kini boleh menikmati lebih 70 saluran premium Unifi TV secara percuma selama sebulan bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Tawaran yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 30 September 2026 itu terbuka kepada pelanggan dan bukan pelanggan Unifi tanpa mengira rangkaian telekomunikasi yang digunakan.
Pengguna tidak perlu membuat sebarang pembayaran atau menyediakan maklumat kad kredit, manakala pendaftaran boleh dilakukan secara percuma menggunakan alamat e-mel.
Lebih menarik, tiada proses pembatalan diperlukan selepas tempoh tontonan percuma berakhir.
Tawaran itu membuka akses kepada saluran premium seperti HBO, tvN Movies, DEGUP dan beIN SPORTS, selain pelbagai kandungan tempatan serta antarabangsa untuk dinikmati seisi keluarga.
Antara kandungan tempatan yang ditawarkan ialah Unifi TV Original “Bisikan Pontianak” menerusi DEGUP dan drama “Cinta Dalam Sekam” di Sensasi.
Penonton turut boleh menyaksikan “Lanterns” di HBO, “The Shadow’s Edge” di Celestial Movies serta “Gangubai Kathiawadi” menerusi ZEE Cinema.
Peminat hiburan antarabangsa pula berpeluang mengikuti siaran langsung Anugerah Primetime Emmy ke-78 menerusi HITS NOW.
Bagi peminat sukan, aksi MotoGP Grand Prix San Marino disiarkan secara langsung di SPOTV, manakala Formula 1 Pirelli Gran Premio d’Italia 2026 boleh disaksikan menerusi beIN SPORTS.
Semua kandungan boleh ditonton melalui pelbagai peranti termasuk telefon pintar, tablet dan televisyen pintar menerusi aplikasi Unifi TV 2.0.
Untuk mendapatkan akses, pengguna baharu hanya perlu memuat turun aplikasi Unifi TV 2.0 dan mendaftar akaun percuma menggunakan alamat e-mel.
Pelanggan Unifi TV sedia ada pula boleh terus mendaftar masuk menggunakan ID Unifi TV masing-masing sebelum menstrim saluran pilihan sehingga 30 September.
Tawaran itu memperkukuh kedudukan Unifi TV sebagai hab hiburan sehenti yang menghimpunkan drama tempatan, filem antarabangsa, rancangan premium dan acara sukan secara langsung dalam satu platform.
Bermula 1 Oktober pula, pengguna masih boleh terus menikmati 22 saluran percuma yang tersedia menerusi Unifi TV dan peralihan ini berlaku secara automatik tanpa perlu pendaftaran semula.
Tawaran tertakluk kepada terma dan syarat.