KUALA LUMPUR: BDB Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Bhd, telah meraih tender bernilai RM34.08 juta daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Kontrak itu bagi membangunkan satu sistem pengairan bagi membantu meningkatkan hasil padi di Kedah dan Perlis.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Khamis, pemaju hartanah yang berpangkalan di Kedah itu berkata projek tersebut dijadual siap dalam tempoh 104 minggu daripada tarikh pengambilan tapak pada 27 Feb, 2023.

"Projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 2023 dan 2024," katanya.

-- BERNAMA