BUSINESS
Unit Digistar Dapat 3 Lesen Daripada SKMM
Digistar Rauland MSC Sdn Bhd, anak syarikat yang 80 peratus sahamnya dikuasai Digistar Corp Bhd, memperoleh tiga lesen individu untuk tempoh lima tahun daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Digistar berkata lesen-lesen berkenaan ialah Lesen Penyedia Kemudahan Rangkaian, Lesen Penyedia Perkhidmatan Rangkaian dan Lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan,
"Digistar Rauland perlu membayar fi berjumlah RM150,000 kepada SKMM untuk lesen berkenaan dan fi tahunan sebanyak 0.5 peratus daripada Perolehan Tahunan Kasar Digistar Rauland atau RM50,000, yang lebih tinggi bagi setiap lesen itu," katanya.
Syarikat itu berkata lesen berkenaan dijangka tidak memberikan sebarang impak secara material kepada pendapatan Digistar Group bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2013, namun dijangka menyumbang positif kepada pendapatan kumpulan itu pada masa akan datang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami