awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unit pajakan AirAsia dapat 30 peratus daripada tempahan A321neo

Bernama
Bernama
18/07/2016
10:13 MYT
Unit pajakan AirAsia dapat 30 peratus daripada tempahan A321neo
Asia Aviation Capital Ltd berkata ia menjangka menerima 30 daripada 100 pesawat Airbus A321neo bagi operasi pajakannya.
Asia Aviation Capital Ltd (AAC) bakal mendapat manfaat daripada pembelian 100 pesawat Airbus A321neo oleh syarikat induknya, AirAsia Bhd baru-baru ini, dengan 30 peratus tempahan dijangka diperuntukkan kepada syarikat itu.
AAC, syarikat pajakan pesawat milik penuh AirAsia, dalam satu kenyataan berkata ia menjangka menerima 30 daripada 100 pesawat Airbus A321neo bagi operasi pajakannya.
Perjanjian pembelian pesawat antara AirAsia dan Airbus bernilai US$12.6 bilion pada harga senarai dimeterai semasa Pameran Udara Antarabangsa Farnborough di United Kingdom minggu lepas.
Ia merupakan pembelian kali pertama AirAsia bagi model terbesar kumpulan A320, kata AAC dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami mengalu-alukan pembelian A321neo oleh AirAsia. Pesawat itu sangat ekonomi dan akan membantu mengembangkan syarikat ketika kami terus membina portfolio pajakan kami kepada syarikat sekutu AirAsia dan syarikat penerbangan pihak ketiga," kata Pegawai Prinsipal dan Pengarah AAC, Rozman Omar.
Ketika ini AAC memiliki atau membiayai lebih 55 pesawat komersial Airbus A320 yang dipajakkan terutamanya kepada syarikat sekutu AirAsia di luar Malaysia dan penghantaran 100 lagi pesawat akan menjadikan kesemua jumlah pesawat model A320 kepada 155.
Penghantaran pertama pesawat A321neo dijangkakan pada 2019, menambah beberapa lagi setiap tahun sehingga 2028.
Topic Berkaitan
#A320
#A321neo
#AAC
#AirAsia
#Airbus
#Asia Aviation Capital Ltd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan