awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Unjuran negatif Fitch tidak jejas ekonomi Malaysia

Melissa Ong
Melissa Ong
19/03/2015
13:06 MYT
Unjuran negatif Fitch tidak jejas ekonomi Malaysia
ABDUL WAHID: Fitch mempunyai pandangannya sendiri terhadap Malaysia yang dilihat tidak seiring dengan agensi penarafan lain.
Ekonomi negara kekal kompetitif dan berdaya saing.
Itu penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang mempertikaikan unjuran negatif daripada firma penarafan Fitch Ratings baru-baru ini terhadap Malaysia.
Abdul Wahid berkata Fitch mempunyai pandangannya sendiri terhadap Malaysia yang dilihat tidak seiring dengan agensi penarafan lain.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Fitch yang menyatakan berkemungkinan akan menurunkan penarafan kredit Malaysia.
Dalam laporan tersebut, penarafan tersebut mencerminkan kemerosotan akaun semasa di tengah-tengah deficit sector awam yang besar serta kejatuhan harga minyak dunia.
“Fitch memahami bahawa kerajaan buat masa ini terikat pada pengukuhan defisit persekutuan yang dibuat pada Julai 2013, walaupun kejatuhan harga minyak mentah dunia boleh melambatkan atau menjejaskan pengukuhan fiskal jika ia dapat bertahan.
Ia menambah, kemunculan defisit berkembar iaitu defisit awam dan luaran boleh menjejaskan keyakinan pelabur, jika ia berlaku.
Abdul Wahid malah yakin pasaran tidak akan terkesan dengan penarafan negatif Fitch itu.
“Kita tidak bergantung kepada mana-mana agensi dan tugas kita adalah memastikan bahawa ekonomi kita terus mantap dan struktur kewangan kita terus kukuh dan asa kepada struktur ekonomi yang berdaya saing” kata Abdul Wahid.
Ketika ini, Fitch memberikan penarafan A- terhadap Malaysia dan mungkin akan menjatuhkannya dalam jajaran BBB.
Untuk rekod, penarafan Moody's Investors Service baru-baru ini pula memberi pengesahan terhadap bon kerajaan dan penarafan A3 terhadap Malaysia dengan unjuran yang positif.
Topic Berkaitan
#Abdul Wahid Omar
#ekonomi
#Fitch
#Malaysia
#penarafan
#rating
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan