KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan prestasi teguh bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 apabila keuntungan bersihnya meningkat 28.3 peratus kepada RM6.98 bilion daripada RM5.44 bilion pada tahun sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, prestasi lebih baik itu menerima dorongan daripada pertumbuhan pendapatan operasi yang mantap dengan pinjaman kukuh dan peningkatan akaun simpanan/akaun semasa (CASA) daripada seluruh pasaran teras, selain peruntukan yang rendah daripada pengurusan risiko dan pemulihan berhemat.
Pendapatan operasi menokok 5.9 peratus tahun ke tahun kepada RM21.01 bilion daripada RM19.84 bilion sebelumnya, didorong oleh pendapatan tanpa faedah yang naik 36.5 peratus kepada RM6.39 bilion daripada pelaburan dan pendapatan berkaitan pasaran.
"Ini mengimbangi persekitaran margin pendapatan bersih (NIM) yang mencabar akibat peningkatan kos deposit yang berterusan dengan pendapatan faedah bersih susut 3.5 peratus kepada RM14.63 bilion," katanya pada sidang media prestasi kewangan CIMB bagi tahun kewangan 2023 pada Khamis.
Abdul Rahman berkata, CIMB Group turut mencadangkan dividen tunai interim kedua sebanyak 18.5 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen tahunan yang dicadangkan kepada 36 sen sesaham untuk nisbah pembayaran 55 peratus, selaras dengan dasar dividen kumpulan.
Selain itu, katanya, kumpulan mencadangkan pembayaran dividen khas sebanyak RM747 juta atau tujuh sen sesaham, menjadikan jumlah pembayaran dividen RM4.59 bilion untuk tahun kewangan 2023.
Jumlah pinjaman kasar CIMB Group meningkat 8.3 peratus kepada RM440.9 bilion manakala jumlah deposit menokok 8.1 peratus kepada RM497.7 bilion dan jumlah CASA naik kepada 11.5 peratus tahun ke tahun, didorong oleh negara dan segmen utama.
Bank itu menjangkakan jumlah pertumbuhan pinjamannya untuk tahun kewangan 2024 pada julat 5.0 hingga 7.0 peratus, seiring dengan prestasi pasaran.
"Saya berpandangan, dari segi sasaran pertumbuhan pinjaman, kami tidak dikekang oleh permintaan. Saya berpendapat bahawa permintaan terus positif dari segi pemulihan dan pertumbuhan ekonomi, dan permintaan untuk pinjaman terus kukuh.
"Pada pandangan saya kekangan untuk semua bank, bukan sahaja kami, ia sebenarnya mengenai deposit, sama ada kami berupaya untuk meningkatkan lebih banyak deposit, untuk mengendalikan pemampatan NIM, yang berlaku dalam persekitaran industri," katanya.
Bagi tahun kewangan 2024, CIMB Group menjangkakan margin NIM yang stabil dan meningkat kira-kira lima mata asas, dipacu terutamanya oleh pasaran Malaysia.
Pada masa depan, kumpulan akan tetap berhati-hati dengan ketidaktentuan ekonomi global berikutan ketegangan geopolitik dan kebimbangan mengenai kelembapan di China, di samping persaingan industri yang berterusan terhadap deposit, katanya.
"Keutamaan kami kekal untuk melengkapkan pelan strategik Forward23+ kami dan mencapai bidang tumpuan utama, seperti perbankan pilihan yang kukuh dan pengurusan kekayaan, mengukuhkan francais CASA dan deposit, dan pengurusan lembaran imbangan untuk menambah baik NIM di peringkat serantau.
"Sehubungan itu, kami yakin untuk meneruskan momentum prestasi kewangan yang positif, dengan kami kini berada di landasan untuk mencapai sasaran tahun kewangan 2024 merangkumi kebanyakan metrik keuntungan," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
CIMB Group Holdings Bhd mencatatkan prestasi teguh bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023 apabila keuntungan bersihnya meningkat 28.3 peratus kepada RM6.98 bilion daripada RM5.44 bilion pada tahun sebelumnya.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Untung bersih tahun kewangan 2023 CIMB naik 28 peratus, umum bayaran dividen RM4.59 bilion
Keuntungan bersih CIMB meningkat 28.3 peratus kepada RM6.98 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.