KUALA LUMPUR: UOB Malaysia menyediakan pembiayaan tranche pertama dalam bentuk Pengaturan Pembelian Penghutang (RPA) berjumlah RM800 juta kepada Ericsson (Malaysia) Sdn. Bhd. (Ericsson Malaysia).
Ini membolehkan syarikat melancarkan fasa awal rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB) di seluruh negara.
Sebagai tambahan, UOB Malaysia juga diberi mandat sebagai Pengatur Utama untuk tambahan RPA bersindiket berjumlah RM2.3 bilion bagi penyertaan institusi kewangan yang berpotensi.
Selepas penerimaan RPA bersindiket oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian, sejumlah RM3.1 bilion akan dikumpul untuk tujuan bekalan, penyampaian dan pengurusan keseluruhan rangkaian 5G DNB.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, pihaknya berbesar hati dilantik oleh Ericsson Malaysia sebagai pembiaya pertama dan pengatur utama dalam pengaturan kewangan yang amat penting ini.
Katanya, mereka optimis dengan strategi pelancaran rangkaian 5G DNB kerana yakin bahawa projek mercu tanda ini akan membawa impak ekonomi jangka panjang yang positif kepada negara.
“Pengaturan kewangan ini akan membolehkan Ericsson Malaysia memenuhi kewajipan kontraknya dan
menyokong mandat DNB untuk membina, memiliki dan mengendalikan rangkaian 5G kebangsaan.
"Inisiatif ini dikenal pasti sebagai pemangkin utama aspirasi ekonomi digital Malaysia. Pembiayaan ini juga menunjukkan kepakaran UOB dalam menstrukturkan pembiayaan rumit dengan jumlah sebesar ini untuk projek infrastruktur," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
DNB, entiti milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), diberi mandat menjadi pihak berkecuali (neutral) tunggal untuk melaksanakan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G yang dipercepatkan di seluruh negara.
Ia juga dilesenkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk menyediakan liputan dan keupayaan 5G secara menyeluruh kepada pemegang lesen di bawah Akta tersebut.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk membekal, menyampaikan dan mengurus rangkaian 5G DNB, dan berdasarkan pengalamannya mengumpul dana untuk projek infrastruktur di pasaran lain, Ericsson Malaysia akan membantu mengatur pembiayaan peralatan rangkaian daripada institusi kewangan asing dan domestik.
Pembangunan Rangkaian 5G Kebangsaan adalah sebahagian daripada inisiatif MyDigital yang dirangka untuk membangunkan dan memacu ekonomi digital negara menjelang 2030 dan berfungsi sebagai sebahagian daripada aspirasi kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia ke arah negara dipacu digital dan berpendapatan tinggi.
Sementara itu, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hägerbro berkata, pembiayaan awal oleh UOB Malaysia memberikan Ericsson aliran tunai yang kukuh dalam fasa awal pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.
"Pelancaran 5G di Malaysia akan berfungsi sebagai pengganda sosioekonomi selain mempercepatkan transformasi negara menjadi masyarakat yang diperkasakan secara digital dan ekonomi berasaskan pengetahuan," katanya.
Ketua Pegawai Kewangan DNB, Nik Azlan Aziz pula berkata, keyakinan dan sokongan oleh UOB Malaysia terhadap model perniagaan DNB untuk mencapai penggunaan rangkaian 5G yang dipercepatkan di seluruh negara, selaras dengan objektif kerajaan.
"Kami berharap dapat melengkapkan baki kemudahan RPA Bersindiket sejumlah RM2.3 bilion di mana, dengan tranche pertama RM800 juta ini, akan melengkapi sebahagian daripada anggaran jumlah kemudahan modal kerja sebanyak RM5 bilion yang diperlukan oleh DNB sehingga 2024 untuk melaksanakan perancangan rangkaian 5G.
"Malah, Kami berhasrat untuk menggantikan kemudahan ini dengan Program Sukuk jangka panjang yang mana DNB setakat ini telah menerima minat yang kukuh oleh bakal para pemberi pinjaman," jelas beliau.
Secara keseluruhan, pelaksanaan rangkaian dan infrastruktur 5G dijangka menghasilkan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak RM100 bilion dan mewujudkan 100,000 pekerjaan baharu dalam tempoh 10 tahun akan datang.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Thu Oct 28 2021
Pembangunan Rangkaian 5G Kebangsaan adalah sebahagian daripada inisiatif MyDigital. - Foto DagangNews.com
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
UOB selesai ambil alih Citigroup
Pengambilalihan perniagaan perbankan pengguna Citigroup di Indonesia dan Vietnam dijangka selesai pada 2023.
UOB, HSBC tetapkan harga Nota Jangka Sederhana empat tahun RM350 juta bagi MBSM
Terbitan MTN itu akan dibayar pada Mac 2026 pada kadar kupon tetap 3.62 peratus setahun.
UOB ambil alih perbankan pengguna Citigroup di empat negara termasuk Malaysia
Cadangan pengambilalihan ini juga dijangka akan memperkukuh dan memperdalam lagi francais UOB di ASEAN.
Jumlah kelulusan pelaburan meningkat 51.5 peratus pada Jan-Sept 2021- UOB
Jumlah kelulusan pelaburan Malaysia meningkat 51.5 peratus tahun ke tahun kepada RM177.8 bilion dalam tempoh Januari-September 2021 berbanding RM117.4 bilion pada Januari-September 2020.
UOB Malaysia sedia pembiayaan pertama RM800 juta kepada Ericsson Malaysia jayakan 5G negara
UOB Malaysia juga diberi mandat sebagai Pengatur Utama untuk tambahan RPA bersindiket berjumlah RM2.3 bilion.
UOB: Pasaran buruh Malaysia akan dapat momentum pada 2021 dan 2022
Pemulihan pasaran buruh Malaysia dijangka akan mendapat momentum lebih lanjut pada bulan-bulan terakhir tahun ini dan berterusan sehingga 2022.
Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.
UOB Malaysia Kepong kembali beroperasi
United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) cawangan Kepong telah kembali beroperasi setelah berunding dan menerima panduan yang diperlukan daripada pihak berkuasa kesihatan.
UOB lancar inisiatif bantu perniagaan di Malaysia beralih ke dunia digital
United Overseas Bank Malaysia (UOB Malaysia) melancarkan program transformasi "Program Jom Transform" bagi memanfaatkan dunia teknologi.
Kiet Cheng dipilih sertai Program Residensi Muzium Seni Asia UOB-Fukuoka
Pemenang Pertandingan 2018 UOB Painting of the Year (Malaysia), Cheong Kiet Cheng telah dipilih untuk Program Residensi Pelukis Muzium Seni Asia UOB-Fukuoka (FAAM).