KUALA LUMPUR: Pemulihan pasaran buruh Malaysia dijangka akan mendapat momentum lebih lanjut pada bulan-bulan terakhir tahun ini dan berterusan sehingga 2022 apabila lebih banyak perniagaan memulakan operasi dengan kapasiti yang lebih besar sejak pertengahan Ogos lepas.
Menurut United Overseas Bank Ltd (UOB), ekonomi negara telah beransur-ansur pulih dari kesan sekatan pergerakan sepenuhnya, selepas aktiviti ekonomi dan sosial dibuka semula pada pertengahan Ogos, dan manyaksikan peningkatan pengambilan pekerja sehingga kadar pengangguran turun kepada 4.6 peratus pada bulan berkenaan berbanding 4.8 peratus yang dicatatkan pada Julai lepas.
Bank tersebut telah mengubah anggaran kadar pengangguran akhir tahunnya kepada 4.2 peratus untuk 2021 daripada 4.5 peratus sebelumnya.
"Jumlah pengangguran menurun buat pertama kali sejak pengenalan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada pertengahan Mei 2021 dan yang paling banyak sejak Jun 2020," katanya dalam satu laporan yang bertajuk 'Global Economics and Markets Research' pada Jumaat.
Kadar penyertaan tenaga kerja juga mencerminkan peningkatan kepada 68.4 peratus pada Ogos berbanding 68.3 peratus pada bulan sebelumnya, disebabkan oleh pengambilan pekerja yang berterusan di sektor perkhidmatan serta pemulihan pekerjaan di sektor pembuatan dan pembinaan.
Bagaimanapun, sektor pertanian dan perlombongan termasuk pengkuarian masih mengurangkan pekerja.
Jumlah pekerja di luar tenaga buruh menurun untuk pertama kalinya dalam lima bulan sebanyak 0.4 peratus dari bulan ke bulan kepada 7.45 juta orang.
Sementara itu, dalam nota berasingan, MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran kadar pengangguran Malaysia bagi 2021 kepada 4.5 peratus dan hanya menjangkakan pemulihan pada suku keempat 2021.
"Kami meramalkan pasaran kerja akan terus pulih dalam beberapa bulan lagi selepas aktiviti perniagaan tempatan dan permintaan tenaga kerja akan naik lebih jauh berikutan peningkatan prospek perbelanjaan domestik.
"Kelonggaran sekatan berikutan keadaan COVID-19 yang bertambah positif termasuk kemajuan dalam program vaksinasi akan memungkinkan mobiliti yang lebih besar dan oleh itu menyokong aktiviti perbelanjaan yang lebih tinggi menjelang suku keempat 2021 dengan larangan perjalanan antara negeri dijangka akan dihapuskan tidak lama lagi," katanya.
Bagaimanapun, pemulihan ini mungkin bersifat perlahan kerana data terkini mengenai pengganguran menokok kepada 5,415 pada September berbanding 4,326 yang disaksikan semasa Julai lepas dengan majoriti kehilangan kerja dalam dua bulan terakhir ini dicatatkan dalam sektor pembuatan, perdagangan borong dan runcit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 08 2021
UOB mengubah anggaran kadar pengangguran akhir tahunnya kepada 4.2 peratus untuk 2021 daripada 4.5 peratus sebelumnya. - Gambar hiasan
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Belanjawan 2024: Cerminan komitmen kerajaan perkasa pasaran buruh negara - Perkeso
Kerajaan mencerminkan tekad untuk memangkin pertumbuhan pekerjaan baharu menerusi enam inisiatif akan dilaksanakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam Belanjawan 2024.
PAPSMA hairan isu pengambilan pekerja asing masih belum selesai
Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) hairan apabila difahamkan tiada perkembangan terkini mengenai perjanjian membuka semula pasaran buruh antara Malaysia dan Bangladesh.
Pasaran buruh makin baik, pengangguran terus menurun - Mustapa
Sebilangan besar sektor ekonomi juga terus mencatat peningkatan guna tenaga sejak Jun 2020.