Skip to main content

Dunia

Trump dakwa konflik dengan Iran semakin reda

Orang ramai mengunjungi Muzium Pasukan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Tehran, Iran. - Foto REUTERS
Orang ramai mengunjungi Muzium Pasukan Aeroangkasa Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) di Tehran, Iran. - Foto REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata prospek tercetusnya semula konflik bersenjata dengan Iran kini semakin tipis susulan perkembangan positif hasil usaha pengantaraan yang sedang dijalankan.

Menurut Trump, perbincangan beliau dengan Perdana Menteri Qatar serta pihak yang terlibat dalam usaha damai memberi petunjuk bahawa ketegangan yang mencetuskan konflik antara AS, Israel dan Iran mungkin menghampiri penghujungnya, memetik laporan Al Jazeera.

Beliau turut menyifatkan kemungkinan serangan baharu dilancarkan dalam masa terdekat sebagai sesuatu yang "amat tidak mungkin".

Advertisement

Bagaimanapun, Iran menegaskan sebarang kemajuan ke arah perdamaian hanya boleh dicapai sekiranya Washington menarik balik sekatan laut, memulangkan aset Iran yang dirampas serta menamatkan sekatan ekonomi ke atas negara itu.

Tehran turut menuduh AS gagal menunaikan komitmen yang pernah dipersetujui sebelum ini.

Advertisement

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, memberi amaran bahawa negaranya akan bertindak balas dengan keras sekiranya AS kembali melancarkan serangan.

Pada masa sama, beliau menggesa Washington menerima cadangan yang dikemukakan Iran bagi membuka semula Selat Hormuz, laluan perkapalan penting yang mengendalikan sebahagian besar perdagangan minyak dunia.

Walaupun kenyataan Trump dilihat memberi bayangan bahawa ketegangan semakin berkurangan, syarat yang dikemukakan Tehran menunjukkan masih terdapat beberapa isu utama yang perlu diselesaikan sebelum sebarang perjanjian damai dapat dimeterai.

 

 

Must Watch Video

Advertisement