Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu harus mengelak menyebarkan maklumat tidak benar atau terlibat dalam taktik menakut-nakutkan yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan pengguna terhadap ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga seharusnya tidak berkongsi atau menyebarkan apa-apa maklumat yang tidak benar dan propaganda.
"Ini sama dengan mensabotajkan ekonomi anda sendiri," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook beliau hari ini.
Kebelakangan ini banyak berlaku penyebaran mesej mengelirukan tentang ekonomi negara yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia, kata Abdul Rahman, yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN).
Kebanyakan mesej ini, katanya, tertumpu kepada hutang kerajaan Malaysia yang berada pada 53.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) sehingga 30 Jun, 2016.
Beliau berkata kebanyakan kebimbangan dan tuduhan itu adalah tentang nisbah tersebut hampir dengan 55 peratus daripada yang ditetapkan kerajaan BN dan Malaysia akan bermasalah sekiranya ia melepasi had tersebut.
Terdapat juga mesej tidak bertanggungjawab malahan mendakwa Malaysia akan jatuh bankrap sekiranya hutang itu melepasi paras tersebut, katanya.
Abdul Rahman menegaskan nisbah hutang-kepada-KDNK Malaysia ketika ini yang berada pada 53.4 peratus masih di tahap terkawal.
"Paras ini masih belum tinggi berbanding paras seperti semasa tempoh antara 1980 dan 1986 apabila nisbah hutang-kepada-KDNK kita meningkat daripada 44 peratus kepada 103.4 peratus dan kekal atas paras 55 peratus sehingga 1994," katanya.
Justeru itu, katanya, adalah tidak logik walaupun sekiranya Malaysia melepasi paras 55 peratus hutang-kepada-KDNK maka negara akan 'bankrap' atau ekonominya akan bermasalah seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.
"Jika kita tidak jatuh bankrap pada paras 103.4 peratus pada 1985, jadi bagaimana kita boleh bankrap pada 55 peratus?" soal beliau.
Abdul Rahman berkata Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik pada lima peratus pada 2015 dan 4.1 peratus bagi separuh pertama tahun ini dalam keadaan nisbah hutang-kepada-KDNK terkawal ketika ini.
Beliau menegaskan kerajaan tidak akan membiarkan hutang melepasi paras 55 peratus dan akan terus mengawal kewangannya dengan secara bertanggungjawab meskipun dalam keadaan harga komoditi rendah ketika ini, kesan referendum Britain keluar dari Kesatuan Eropah dan ekonomi global yang tidak menentu.
Menurutnya, pelan transformasi kerajaan mencapai kejayaan dengan dasar yang baik dan menunjukkan hasil kukuh.
"Semua rakyat Malaysia harus menumpukan kepada kejayaan ketika Malaysia mengharungi keadaan global yang tidak menentu sekarang.
"Saya tidak ragu-ragu Perdana Menteri dan kerajaan ini akan terus memastikan Malaysia menikmati pertumbuhan ekonomi, mengutamakan kesejahteraan rakyat kita dan terus membangunkan Malaysia ketika kita bergerak ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi," katanya.
Bernama
Thu Sep 08 2016
Menurut Abdul Rahman, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab seharusnya tidak berkongsi atau menyebarkan apa-apa maklumat yang tidak benar dan propaganda. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).