KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan gaji minimum RM1,500 membabitkan golongan usahawan mikro masih dalam fasa perbincangan berikutan banyak rayuan yang diterima selain bimbang tidak mampu melaksanakannya.
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar, usahawan mikro sememangnya kumpulan yang terjejas teruk akibat kesan daripada pandemik COVID-19.
Melihat kepada situasi itu, Noh Omar berkata, ramai peniaga yang bimbang sekiranya gagal untuk membayar jumlah gaji minimum tersebut.
“Jika usahawan terbabit tidak membayar gaji minimum seperti ditetapkan, pekerja boleh melaporkan perkara itu kepada Jabatan Buruh.
“Sebab itu, usahawan mikro meminta gaji minimum jika boleh jangan dikenakan kepada mereka dulu.
“Kita bagaimanapun amat menggalakkan mana-mana usahawan mikro yang mampu untuk bayar gaji minimum (RM1,500),” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Siri Emas Edisi Khas 100 Tahun Gerakan Koperasi, di ibu negara pada Rabu.
Pada 19 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelulusan pelaksanaan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan di seluruh negara mulai 1 Mei ini.
Bagaimanapun wujud beberapa keluhan dalam kalangan sektor tertentu berhubung soal kemampuan untuk membayar kadar gaji minimum tersebut.
Hilmi Malik
Wed Mar 30 2022
Noh sewaktu menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Siri Emas Edisi Khas 100 Tahun Gerakan Koperasi di ibu negara hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Usahawan mikro jana RM23 juta peningkatan hasil jualan - INSKEN
Peningkatan itu disumbangkan melalui pelaksanaan program bimbingan institusi itu sepanjang tahun 2024 melibatkan 19 program IBBC dan lima program Bimbingan Keuntungan Menu.
Kerajaan Pahang teruskan pembiayaan I-PUSH dengan peruntukan lebih RM10 juta
Kerajaan Pahang meneruskan Inisiatif Pembiayaan KewanganUsahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) Fasa 3 dengan melibatkan peruntukan lebih RM10 juta.
Pahang berjaya noktahkan kemiskinan tegar - MB
Pahang berjaya menoktahkan kemiskinan tegar semalam selari dengan aspirasi kerajaan sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Program Satu Kampung Satu Produk diperkasa penuhi permintaan produk halal - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memperkasakan program "Satu Kampung Satu Produk" dengan penghasilan lebih banyak bahan termasuk ramuan dalam pengeluaran produk halal.
SME Corp. Malaysia peruntuk RM100 juta bantu usahawan mikro
SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) memperuntukkan RM100 juta menerusi Program Pengukuhan Mikro MADANI (Mikro MADANI) bagi membantu 20,700 usahawan perusahaan mikro.
Hanya kumpulan usahawan mikro diberi pengecualian gaji minimum
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperincikan bahawa hanya kumpulan usahawan mikro yang diberi pengecualian bagi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sehingga akhir tahun ini.
Usahawan mikro mohon bincang pelaksanaan gaji minimum - Noh Omar
Ia susulan rayuan yang diterima dalam kalangan usahawan agar pelaksanaannya dibincangkan semula.
Skim I-PUSH tanpa faedah akan bantu 2,500 usahawan mikro terjejas COVID-19 - MB Pahang
Warga Pahang boleh mula membuat permohonan skim I-PUSH secara atas talian mulai 1 sehingga 30 April.
Kecualikan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi usahawan mikro - Noh
Ramai lagi usahawan mikro yang belum stabil dari segi status kewangan mereka, ekoran operasi perniagaan yang baru kembali pulih.