VFive Group tonjol teknologi FM dan pembinaan pintar di HPTN 2025

Mohd Syafiq menyampaikan plak penghargaan kepada Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Sambutan HPTN 2025, di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru, 10 Dis 2025. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Keberkesanan pendekatan teknologi pintar dalam pengurusan fasiliti dan pembinaan terus dibuktikan VFive Group apabila model operasi yang diguna pakai syarikat itu menunjukkan impak positif menerusi beberapa projek semasa, termasuk pengurusan fasiliti di Bangunan Sultan Iskandar, kuarters kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Menurut maklum balas pelanggan, tahap kepuasan terhadap operasi yang dikendalikan pasukan teknikal syarikat berada pada paras yang amat memberangsangkan, sejajar dengan fokus VFive Group untuk meningkatkan kecekapan dan ketepatan teknikal.
Pengarah Urusan Kumpulan VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, penambahbaikan berterusan menjadi teras strategi syarikat dalam memperkukuh kemampuan menembusi landskap pasaran yang semakin kompetitif.
“Dalam dunia digital yang dipacu automasi, robotik dan kecerdasan buatan (AI), teknologi berkembang dengan sangat pantas.
“Sebagai pemain industri, kami perlu sentiasa berada dua atau tiga langkah ke hadapan serta proaktif menggabungkan transformasi teknologi dengan kecekapan operasi bagi memberikan nilai tambah luar biasa kepada pelanggan,” ujarnya.
Beliau menambah, penyertaan VFive Group dalam Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2025 di Johor Bahru baru-baru ini menjadi bukti komitmen syarikat memacu industri pengurusan fasiliti (FM) dan pembinaan ke arah ekosistem lebih pintar, mampan dan berdaya saing.
Dalam sektor pembinaan, VFive Group memperkenalkan model Smart Construction yang merangkumi penggunaan BIM, Digital Twin, pemantauan IoT, robotik, Modular Construction serta analitik AI bagi meningkatkan ketepatan perancangan, mempercepat pelaksanaan dan menambah baik keselamatan tapak pembinaan.
Syarikat itu turut mengetengahkan penggunaan bahan binaan mesra alam seperti sistem penuaian air hujan, teknologi solar lighting serta acuan plastik boleh guna semula yang sesuai untuk pembangunan infrastruktur termasuk perumahan, bangunan komersial, sekolah dan sistem pengairan.
Sementara itu, reruai pameran VFive Group di HPTN 2025 menarik perhatian ramai, termasuk kunjungan rasmi pimpinan tertinggi Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai pengiktirafan terhadap peranan syarikat sebagai peneraju solusi teknologi pembinaan pintar tempatan.
Mengulas hala tuju syarikat, Mohd Syafiq berkata, VFive Group komited memperluas penglibatan dalam projek pengurusan fasiliti dan pembinaan berskala besar, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga ke pasaran antarabangsa, khususnya di Asia dan Asia Barat.
“Untuk kekal berdaya saing dalam era digital dan teknologi baharu, kami akan terus meneroka pendekatan terkini yang boleh diaplikasi bagi memberikan nilai tambah luar biasa kepada pelanggan,” katanya.
“VFive Group juga komited menyahut seruan kerajaan untuk melangkaui kaedah tradisional dengan mengadaptasi teknologi, tanpa mengabaikan pembangunan modal insan yang cerdas dan seimbang,” tambah beliau lagi.
Pihak industri atau rakan strategik yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan serta solusi VFive Group boleh melayari laman sesawang rasmi syarikat atau menghubungi talian khidmat pelanggan yang disediakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


