awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VW Jerman akan perkenal bas mini elektrik pandu sendiri di Oslo

Bernama
Bernama
10/12/2025
23:00 MYT
VW Jerman akan perkenal bas mini elektrik pandu sendiri di Oslo
VW menyasarkan mendapatkan kelulusan operasi tanpa pemandu di Eropah dan Amerika Syarikat menjelang akhir 2026. - Gambar hiasan/REUTERS
HAMBURG (Jerman): Pengeluar Jerman Volkswagen telah menandatangani perjanjian untuk memperkenalkan bas mini yang boleh memandu sendiri di Norway, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Volkswagen (VW) menerusi anak syarikatnya Moia berkata pada Rabu perjanjian kerjasama itu dimeterai dengan pengendali pengangkutan Oslo, Ruter, dan pengendali Nordic, Holo.
Mulai awal 2026, VW akan menyediakan kenderaan elektrik ID. Buzz serta perisian tempahan, termasuk sebuah aplikasi.
Oslo menjadi bandar ketiga di Eropah selepas Hamburg dan Berlin yang menyaksikan pelancaran ID. Buzz AD yang boleh memandu sendiri oleh Moia. Los Angeles di Amerika Syarikat dijangka menyusul tahun depan, yang mana Moia bekerjasama dengan perkhidmatan e-hailing Uber.
Setakat ini, kenderaan berkenaan masih dipandu dengan kehadiran pemandu keselamatan wajib yang boleh campur tangan jika diperlukan. Menurut kenyataan terdahulu, VW menyasarkan mendapatkan kelulusan operasi tanpa pemandu di Eropah dan Amerika Syarikat menjelang akhir 2026.
Selepas itu, pemandu keselamatan tidak lagi diperlukan. Pandu uji dengan prototaip telah dijalankan sejak 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerman
#Volkswagen
#bas pandu sendiri
#bas mini elektrik
#Oslo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan