awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wahid Omar, Liew Kee Sin gondol anugerah CEO

Bernama
Bernama
02/09/2013
23:01 MYT
Wahid Omar, Liew Kee Sin gondol anugerah CEO
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar ialah antara dua penerima yang berjaya menggondol anugerah "Value Creators: Malaysia's Outstanding Chief Executive Officer" (CEOs) di majlis makan malam Gala Anugerah "Edge Billion Ringgit Club (BRC) and Corporate" 2013 di sini malam Isnin.
Abdul Wahid telah diiktirafkan kerana peranan kepimpinan beliau ketika beliau berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif di Malayan Banking Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan Renong Bhd.
Penerima lain untuk anugerah itu ialah presiden dan ketua pegawai eksekutif S P Setia Bhd, Tan Sri Liew Kee Sin.
Sementara itu, anugerah Syarikat Terbaik diperoleh DiGi.com Bhd, antara syarikat telekomunikasi terbesar Malaysia sementara CIMB Group Holdings Bhd memenangi anugerah Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Terbaik.
Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Acara Anugerah BRC Corporate Awards 2013 yang keempat ini diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf syarikat terbesar dan terbaik negara yang disenaraikan di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran sekurang-kurangnya RM1 bilion.
Bagi melayakkan diri menjadi ahli BRC, syarikat mesti mempunyai permodalan pasaran sekurang-kurangnya RM1 bilion setakat 31 Mac, 2013.
Terdapat 144 syarikat dalam The Edge BRC tahun ini.
Secara kolektif, syarikat-syarikat itu menguasai 15 peratus daripada jumlah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Jumlah permodalan pasaran mereka setakat 31 Mac, 2013 ialah RM1.32 trilion, yang menguasai 90 peratus daripada jumlah permodalan pasaran di Bursa Malaysia.
Topic Berkaitan
#CIMB Group Holdings Bhd
#Datuk Seri Abdul Wahid Omar
#Tan Sri Liew Kee Sin
#the edge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan