awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Nasib bangsa bila rambut ditarik orang' - Syed Ali
Indonesia, AS capai persetujuan perdagangan, Prabowo dijangka meterai perjanjian dengan Trump Jan ini
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang secara luas meningkat 4.4 peratus pada Januari 2017

Bernama
Bernama
28/02/2017
23:03 MYT
Wang secara luas meningkat 4.4 peratus pada Januari 2017
BNM: M3 mencatat pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sebanyak 4.4 peratus pada Januari tahun ini berbanding 3.0 peratus pada Disember 2016. - Gambar fail
Wang secara luas (M3) mencatat pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sebanyak 4.4 peratus pada Januari tahun ini berbanding 3.0 peratus dicatatkan pada Disember 2016.
Dalam kenyataan, Bank Negara Malaysia berkata peningkatan M3 terus didorong oleh pemberian kredit kepada sektor swasta oleh sistem perbankan dan tuntutan bersih yang lebih tinggi terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, peningkatan itu telah diimbangi sebahagiannya oleh pertumbuhan Akaun Pelaburan Islam yang berterusan.
Pembiayaan bersih kepada sektor swasta mencatat pertumbuhan tahunan sebanyak 5.8 peratus pada Januari (Disember 2016: 5.5 peratus).
Bank pusat itu berkata pertumbuhan itu didorong oleh pertumbuhan bon korporat terkumpul bersih dan pinjaman yang diberikan oleh sistem perbankan dan institusi kewangan perbankan (IKP) yang lebih tinggi pada bulan tersebut.
Pinjaman perniagaan terkumpul sistem perbankan mencatat pertumbuhan tahunan yang lebih tinggi sebanyak 5.4 peratus (Disember 2016: 4.9 peratus), dengan pertumbuhan didorong oleh peningkatan tahunan bagi pinjaman kepada sektor pembinaan, perkilangan, dan pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi.
Bagi isi rumah, pinjaman terkumpul sistem perbankan meningkat pada kadar lebih perlahan sebanyak 5.2 peratus pada Januari (Disember 2016: 5.3 peratus).
"Meskipun paras kelulusan pinjaman berkurangan pada bulan itu, paras permohonan pinjaman perniagaan dan isi rumah kekal stabil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akaun Pelaburan Islam
#Bank Negara Malaysia
#IKP
#M3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan