ASEAN mempunyai alasan kukuh untuk optimis terhadap masa depannya dengan syarat setiap kerajaannya menyedari kepentingan penyepaduan mereka bagi merealisasikan potensi masing-masing.
Sehubungan itu, Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Tun Abdul Razak, menggesa anggota ASEAN menumpukan empat faktor pemacu potensi besar gagasan berkenaan iaitu pelaksanaan di peringkat negara, penggunaan teknologi, pembaharuan global serta kepentingan geopolitik.
"Dari segi pelaksanaannya, setiap kerajaan (negara anggota ASEAN) perlu bijak untuk membuat pilihan pelaburan tepat dan di mana serta mempunyai infrastruktur yang sewajarnya," katanya pada sesi interaksi di Forum Ekonomi Dunia Mengenai ASEAN (WEF ASEAN 2016), selama dua hari, bermula hari ini.
Nazir yang juga salah seorang ahli panelis sesi berkenaan, juga menyifatkan pendidikan sebagai aspek teras bagi mempertingkatkan pelaksanaan dalam kalangan kerajaan berkaitan.
"Faktor kedua adalah keperluan kita menerima dan mengamalkan revolusi teknologi berikutan kepentingannya mewujudkan usahawan dan pada masa sama membolehkan mereka saling bersaing," katanya.
IKUTI LAPOR LANGSUNG WEF ASEAN 2016 DI SINI
Mengulas faktor ketiga, beliau berkata negara-negara ASEAN juga perlu menumpukan usaha penstrukturan semula ekonomi rantau ini serta membuat perubahan yang pada akhirnya mengundang manfaat untuk blok perdagangan itu.
Bagi faktor keempat, Nazir berkata, negara-negara anggota ASEAN juga memerlukan lonjakan geopolitik bagi pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
Malah, tegasnya, sebagaimana disenaraikan Pelan Tindakan Strategik AEC 2025, sektor swasta perlu memberikan lebih banyak komitmen bagi memastikan kejayaan rantau berkenaan.
Pelan Tindakan Strategik AEC 2025 yang diluluskan pemimpin ASEAN, antara lainnya menyenaraikan pendekatan hala tuju strategik bagi AEC bermula 2016-2025.
Ia bertujuan mencapai wawasan mewujudkan AEC menjelang 2025 yang bersepadu, berdaya saing, inovatif dan dinamik dengan kerjasama mantap dari segi kesalinghubungan dan sektor, lebih berdaya tahan, inklusif, berpaksikan rakyat, komuniti berteraskan penduduk serta penyepaduan dengan ekonomi global.
Bernama
Wed Jun 01 2016
Nazir menyifatkan pendidikan sebagai aspek teras bagi mempertingkatkan pelaksanaan dalam kalangan kerajaan berkaitan. - Gambar fail
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.