awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF 2022: Selesaikan krisis sekuriti makanan, sekali dengan perubahan iklim

Najib Aroff
Najib Aroff
24/05/2022
14:59 MYT
WEF 2022: Selesaikan krisis sekuriti makanan, sekali dengan perubahan iklim
Beasley berkata, sekuriti makanan kini bukan hanya masalah kepada kesihatan awam sebaliknya isu geopolitik dan keselamatan. - Foto WEF
DAVOS: Krisis di Ukraine menjadi ancaman lebih besar kepada unjuran sekuriti makanan global yang sedia ada sudah bermasalah.
Peningkatan harga baja dan akses kepada eksport Ukraine yang terhenti menjadikan situasi lebih parah dengan data Forum Ekonomi Dunia (WEF) menyatakan 800 juta orang kini dalam kelaparan.
Selain itu, tindakan Rusia yang menyekat akses pelabuhan di Ukraine membuatkan pemimpin dunia kini menumpukan perhatian yang lebih besar kepada isu sekuriti makanan yang terburuk.
“Kegagalan membuka semula laluan pelabuhan ini adalah satu bentuk deklarasi perang terhadap sekuriti makanan global,” kata Pengarah Eksekutif Program Makanan Dunia Persatuan Bangsa Bersatu (UNWFP), David Beasley di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.
Pandemik COVID-19 telah sedia kala menyukarkan usaha global untuk mengurangkan kadar kebuluran dan sekuriti makanan dan cabaran itu diperhebat lagi dengan konflik di Ukraine.
“Kita kini umpama mengambil makanan daripada orang yang lapar dan berikan kepada orang yang kebuluran,” tambah Beasley.
Tambahnya sekuriti makanan kini bukan hanya masalah kepada kesihatan awam sebaliknya isu geopolitik dan keselamatan.
Selain itu wujud juga risiko bahawa usaha jangka pendek untuk mengatasi kekurangan makanan akan membantutkan usaha mengawal perubahan iklim dan mencapai sasaran kemampanan memandangkan ia saling berkait antara pertanian dan perubahan iklim.
Penghasilan makanan global menyumbang lebih daripada satu pertiga pelepasan gas rumah hijau, dan usaha untuk meningkatkan bekalan makanan akan memburukan lagi pelepasan gas ini serta kebergantungan kepada bahan bakar fosil yang tinggi.
Justeru teknologi berinovasi dan teknik regeneratif mampu menambah baik produktiviti sektor pertanian.
“Pertanian harus menjadi sebahagian penyelesaian kepada perubahan iklim dan penyelesaian utama kepada sekuriti makanan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Syngenta Group, J. Erik Fyrwald.
Tambahnya sasaran kini haruslah kepada mengurangkan tanaman makanan di atas tanah, dan untuk itu, petani boleh melaksanakan gabungan amalan terbaik melibatkan tanaman organik dan pertanian konvensional.
Afrika dilihat mampu memainkan peranan utama untuk menambah baik sekuriti makanan, namun rantau itu juga berdepan beberapa cabaran tersendiri untuk meningkatkan produktiviti.
Sesi dialog sekuriti makanan di WEF Davos -  Foto WEF
Sesi dialog sekuriti makanan di WEF Davos - Foto WEF
Menurut Forum Ekonomi Dunia (WEF), dianggarkan satu pertiga pengeluaran makanan rantau Afrika rosak selepas dituai disebabkan infrastruktur yang teruk dan proses penyimpanan tidak teratur.
Justeru pelaburan dalam sistem pengairan, infrastruktur pengangkutan dan kemudahan simpanan akan menambah baik sumbangan Afrika kepada sekuriti makanan global.
Namun negara membangun dan negara kaya harus memainkan peranan penting, terutama apabila pengeluaran makanan harus meningkat melepasi 60 peratus menjelang 2050.
“Menyelesaikan krisis makanan global adalah tanggungjawab semua orang,” kata Menteri Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Mariam Muhammed Saeed Al Mheiri.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#sekuriti makanan
#perang ukraine
#kelaparan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan