Westports Holdings Bhd membuat kemunculan sulungnya di pasaran utama Bursa Malaysia hari ini dengan premium 20 sen kepada RM2.70 berbanding harga tawaran pada RM2.50.
Pada pembukaan, penyenaraian terbesar tahun ini setakat ini dari segi permodalan pasaran, menyaksikan 16.04 juta saham didagangkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Westports Ruben Emir Gnanalingam berkata syarikat itu kini memberi tumpuan ke atas penyiapan projek pembesaran Terminal Kontena 7 (CT7) sepanjang 600 meter. Ia dijangka siap tahun depan.
"Apabila siap, kita akan melihat perkembangan pasaran," katanya kepada pemberita selepas penyenaraian syarikat itu di sini hari ini.
Westports, dengan permodalan pasaran sebanyak RM8.53 bilion apabila disenaraikan, turut menyasarkan pertumbuhan 5 hingga 6 peratus bagi isi padu unit bersamaan 20 kaki (TEU) tahun ini dan tahun depan.
Tawaran awam permulaan Wesport (IPO) membabitkan 813.19 juta saham biasa atau 23.8 peratus daripada modal saham syarikat sedia ada, dan opsyen terlebih peruntukan sehingga 81.32 juta saham biasa, yang mewakili 10 peratus saiz urus niaga asas.
Jumlah permintaan bagi tawaran institusi, tidak termasuk pelabur asas dan pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, sebanyak 40 kali daripada jumlah saham tersedia.
Sebanyak 102.3 juta saham ditawarkan untuk penawaran runcit, dengan bahagian awam sebanyak 68.2 juta saham terlebih langgan sebanyak 5.3 kali.
Bernama
Fri Oct 18 2013
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Westports mula disenarai di pasaran utama dengan premium 20 sen kepada RM2.70
Pada pembukaan, penyenaraian terbesar tahun ini setakat ini dari segi permodalan pasaran, menyaksikan 16.04 juta saham didagangkan.