Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) akan diadakan buat kali pertama di negara bukan Islam tahun ini, yang menunjukkan bahawa peranannya telah diiktiraf secara meluas, kata Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam.
"Ia telah dibangunkan perlahan-lahan sehingga mencapai tahap bahawa ia kini dikenali secara meluas oleh dunia perniagaan Islam malah juga termasuk bukan Islam," katanya kepada Bernama.
WIEF edisi ke-sembilan akan diadakan di London selama tiga hari bermula 29 Okt, 2013.
WIEF telah diadakan di negara kelahirannya, Malaysia, selama empat kali dan telah diadakan di Pakistan, Kuwait, Indonesia, dan Kazakhstan.
"Kami kini diambang menyambut ulang tahun ke-10. Saya tidak pernah terfikir WIEF akan diadakan ke London. Dari segi perniagaan, London menjadi lokasi impian setiap organisasi dan diterima."
"Kami tidak perlu bergelut berusaha untuk ke sana kerana kami dijemput ke sana kerana mereka faham usaha kami."
"Kerajaan British kelihatan sangat bersemangat," katanya.
Musa berkata Yayasan WIEF, penganjur Forum tersebut, sebenarnya sukar memilih lokasi bagi penganjuran ulang tahun ke-sepuluh.
"Banyak negara telah mengetuk pintu kami untuk memujuk kami untuk memilihnya menjadi tuan umah. Ia termasuk Perancis dan Rusia. Forum itu tidak glamor dan bukan berprofil tinggi tetapi negara-negara ini menyedarinya. apa perlu mereka menawarkan diri jika ia tiada nilai," katanya.
Sambil menyifatkan WIEF sebagai "permata" berharga yang berasal dari Malaysia, Musa berkata: "la merupakan "permata" yang menjadi contoh kebangkitan Islam serta kebaikan nama Islam itu sendiri."
"Bagi menunjukkan imej baik Islam, kami akan menunjukkan bahawa Islam boleh memperbaiki kehidupan ummahnya secara keseluruhannya."
"Islam juga adalah ialah satu agama global yang diterima oleh komuniti dunia dengan cara melihat apa yang kami lakukan dengan produknya serta mesyuarat dan forum yang kita anjurkan sejak lapan tahun yang lalu."
"Ia mengingatkan masyarakat dunia bahawa terdapat satu organisasi yang menggalakkan keperluan meningkatkan taraf hidup umat Islam," katanya.
WIEF bermula secara sederhana sebagai Forum Perniagaan Pertubuhan Kerjasama Islam (dahulunya Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC) pada Oktober 2003, sempena Sidang Kemuncak OIC ke-10 di Putrajaya, Malaysia.
Forum Perniagaan OIC itu berusaha untuk mewujudkan 'wajah' perniagaannya sendiri.
Forum Perniagaan Kedua OIC telah diadakan di Kuala Lumpur pada 2004, iaitu peristiwa penting melahirkan WIEF dan seterusnya penganjuran WIEF pertama di Kuala Lumpur pada 2005.
Musa berkata WIEF adalah unik walau pun sesetengah pihak mengatakan ia menjadi "cermin" kepada Forum Ekonomi Dunia (WEF), yang pertama kali diadakan pada Januari 1971 di Davos, Switzerland.
"Davos berprofil sangat tinggi sehingga dihadiri tokoh ternama komuniti perniagaan dunia tetapi WIEF "bermula dari bawah."
"WIEF menumpukan perhatian kepada masyarakat yang benar-benar memerlukan peluang untuk berkomunikasi antara satu sama lain serta mempromosikan program praktikal yang benar-benar bermakna kepada mereka."
"Ia melaksana banyak aktiviti secara senyap-senyap dan tanpa publisiti, yang berjaya mengenal pasti sektor sebenar yang memerlukan bantuan," katanya.
Musa berkata WIEF memberikan keutamaan yang tepat dengan memberi perhatian kepada wanita dan golongan belia.
"Kami kini berada di Surabaya untuk melakukan perkara yang mudah yang mungkin diketawa oleh dunia kerana dunia kini telah pergi ke tahap yang tinggi dari segi kemajuan teknikal. Kami baharu memulakan dengan pemasaran internet."
"Davos mungkin bertanya apa yang kami lakukan, tetapi mereka (wanita dan belia) adalah kumpulan yang benar-benar memerlukan kesedaran dan keupayaan. Saya amat teruja kerana aktiviti ini benar-benar memberi makna kepada WIEF," katanya.
Jaringan Ahli Perniagaan wanita WIEF (WBN) baharu sahaja selesai menganjurkan Bengkel Pemasaran Online WIEF Serantau Kedua selama lima hari dari 8 April, 2013.
Hasilnya, kesemua 50 usahawan wanita kecil dan sederhana di Jawa Timur, yang mengusahakan pelbagai industri seperti kraftangan, pakaian Islam, makanan sejuk beku, kini bersedia untuk memasarkan produk mereka melalui laman web masing-masing.
Bernama
Mon Apr 15 2013
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
"Pengikut fanatik, pemimpin ego punca parti politik semakin banyak" - Musa Hitam
Kata Musa, segelintir pemimpin juga dilihat hanya memikirkan kehendak ingin berkuasa berbanding kepentingan rakyat.
"Saya tidak pernah lihat badan kehakiman negara bebas seperti hari ini" - Tun Musa
Institusi kehakiman negara hari ini sangat tegas sehingga mencetuskan kemarahan banyak pihak, tegas Musa.
Selesaikan COVID-19, bukan cari salah! - Musa Hitam
Semua Ahli Parlimen sepatutnya tidak melepaskan peluang besar berkenaan bagi menangani pandemik yang menjadi musuh yang tidak dapat dilihat.
Tun Musa Hitam harap kerajaan bina tugu peringatan di tapak Highland Towers
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam menyeru agar tapak tragedi Highland Tower diwartakan sebagai tugu peringatan.
RCI Memali: Musa Hitam cadang selepas PRU14, elak politik pancing undi
Musa yang juga menteri dalam negeri pada waktu itu menegaskan cadangan itu bagi memastikan ia tidak disalahguna untuk kepentingan politik dan memancing undi.
Pucuk pimpinan perlu peka dengan kritikan Daim - Musa Hitam
Pucuk pimpinan negara perlu peka kepada pandangan dilontar Tun Daim Zainuddin untuk mengenal pasti sama ada betul atau tidak wujud krisis kepercayaan.
OHI: Saya ambil masa 15 tahun tulis buku 'Frankly Speaking' - Musa Hitam
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengambil masa 15 tahun untuk menulis buku terbaharunya 'Frankly Speaking' yang dilancarkan pada 10 Ogos lalu.
Jasa Tun Musa Hitam kepada negara bangsa amat kami hargai - Sultan Nazrin Shah
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut memuji kemampuan Tun Musa Hitam dalam memahami kehendak rakyat dengan mencari penyelesaian dalam sesuatu permasalahan.
Letak jawatan, bercuti atau kekal pegang jawatan, seru Musa Hitam kepada Najib
Tun Musa Hitam hari ini memberi tiga pilihan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menangkis dakwaan terhadapnya, termasuk bercuti, kekalkan jawatannya atau meletakkan jawatannya.
Sistem pemilihan UMNO perlu berkonsepkan bebas dan adil - Musa Hitam
Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam berharap sistem pemilihan UMNO diberi penambahbaikan pada masa depan.