awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OHI: Saya ambil masa 15 tahun tulis buku 'Frankly Speaking' - Musa Hitam

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
13/08/2016
14:36 MYT
OHI: Saya ambil masa 15 tahun tulis buku 'Frankly Speaking' - Musa Hitam
Tun Musa dalam sesi wawancara rancangan bual bicara -Obviously Harith Iskander- di Astro AWANI malam ini. - Foto Astro AWANI
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mengambil 15 tahun untuk menulis buku terbarunya ‘Frankly Speaking’ yang dilancarkan pada 10 Ogos lalu.
Menurut Tun Musa, buku itu diterbitkan selepas dua percubaan sebelum itu tidak begitu sempurna.
“Ini adalah kesalahan saya, kerana saya mengambil masa yang begitu lama untuk berfikir tentang manuskrip. Saya tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya kerana sibuk dengan hal lain,” katanya pada sesi wawancara rancangan bual bicara “Obviously Harith Iskander” di Astro AWANI malam ini.
Tambah Tun Musa, beliau juga tidak menyedari kepentingan untuk menghasilkan buku tersebut.
“Saya kemudian mengambil serius perkara itu dan memberi fokus. Saya akhirnya menyambung menghasilkan penulisan itu dalam masa kira-kira lapan bulan. Alhamdulillah, ia kini sudah dilancarkan,” sambungnya.
BACA: "Sistem dua parti baik untuk negara" - Musa Hitam
BACA: Cadangan tiga cara singkirkan PM bukan pendapat saya - Musa Hitam
Apabila ditanya berkenaan kandungan kontroversi, Tun Musa menyatakan bahawa tujuan beliau menulis buku itu adalah untuk memastikan generasi muda memahami sejarah serta mengenali isu semasa.
"Kepentingan sejarah adalah untuk mendidik kita akan apa yang berlaku pada masa lalu serta menggunakan ia sebagai satu pengalaman - perkara baik perlu dipraktikkan dan perkara yang buruk, perlu dielakkan," tambah Tun Musa.
Selain Tun Musa, turut hadir dalam program itu ialah ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan bekas pelumba F1 negara, Alex Yoong.
Ikuti wawancara penuh rancangan “Obviously Harith Iskander”.
Topic Berkaitan
#Buku
#Frankly Speaking
#Obviously Harith Iskander
#Tun Musa Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan