awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Xenophon rancang perkenal semula label minyak sawit

Bernama
Bernama
31/08/2013
09:00 MYT
Xenophon rancang perkenal semula label minyak sawit
Senator Bebas Nick Xenophon merancang mendesak semula undang-undang baharu untuk menguatkuasakan pelabelan minyak sawit yang sesuai sebaik sahaja Parlimen Persekutuan bersidang semula selepas pilihan raya 7 Sept ini.
Beliau mendakwa minyak sawit digunakan dalam 40 peratus semua produk makanan walhal hasil tanamannya di Asia Tenggara telah mengancam habitat asli orang-utan.
Beliau memperkenalkan perundangan label yang sama pada 2009 dan ketika melalui Senat, ia gagal mendapat undian di parlimen selepas mendapat bantahan kuat daripada kerajaan Malaysia.
"Saya berazam untuk memperkenalkan semula rang undang-undang ini selepas pilihan raya, tidak kira parti mana yang berkuasa," kata Xenophon dalam satu kenyataan pada Jumaat.
"Saya mahu pastikan perkara ini dibincangkan kerana ia terlalu penting untuk diketepikan."
Xenophon turut mendakwa setiap tahun, ratusan orang-utan mati di Borneo dan Sumatra kerana pembersihan hutan untuk tanaman kelapa sawit.
Kawasan hutan yang dibersihkan setiap tahun itu bersamaan dengan keluasan 300 padang bola.
The Australian Associated Press melaporkan kempen Xenophon itu telah mendapat sokongan Yayasan Antarabangsa Orang-utan dengan duta Australia dan pakar bedah saraf terkemuka Charlie Teo menyatakan pemusnahan hutan hujan boleh menjuruskan kepada pupusnya orang-utan dalam tempoh beberapa tahun ini.
"Saya rasa para pengguna Australia akan turut terasa jika mereka mengetahui mereka turut menyumbang kepada pemusnahan orang-utan serta hutan hujan. Mereka tentu mahukan kebenaran dalam pelabelan," kata Dr Teo.
Topic Berkaitan
#kelapa sawit
#Nick Xenophon
#senator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan