KUALA LUMPUR: Xsolla, syarikat dagangan permainan video global berpangkalan di Amerika Syarikat, kini melebarkan sayapnya ke sini yang juga pejabat global terbesar di luar Los Angeles selain bertujuan merebut peluang dalam pasaran permainan tempatan yang kian berkembang.
Presidennya, Chris Hewish berkata ini juga sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pasaran permainan ketiga terbesar di Asia.
"Secara keseluruhannya, pasaran permainan video itu dianggarkan lebih US$200 bilion (US$1=RM4.36) pada tahun ini dan di Malaysia saja angka itu mencecah hampir US$800 juta.
"Oleh itu, amat wajar untuk kami berada di satu lokasi bercirikan ekosistem permainan yang kukuh dan membolehkan pengembangan pemaju serta syarikat (berkaitan).
"Malah, ada syarikat permainan besar yang turut membuka pejabat di Malaysia," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian pejabat baharu Xsolla di The Vertical Corporate Towers, Bangsar dekat sini, pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Mahadhir Aziz berkata agensi itu mengalu-alukan kehadiran Xsolla ke Malaysia serta menyambut baik keyakinannya terhadap ekosistem kandungan digital negara yang turut mengiktiraf kemampuan serta kapasiti negara ini.
"Kami akan terus berusaha untuk memberi kemudahan bagi pengembangan dan pertumbuhan rakan utama dalam memanfaatkan negara ini sebagai hab bagi memulakan serta mengembangkan usaha ke rantau Asean secara meluas.
"Menerusi inisiatif strategik nasional iaitu Malaysia Digital, kami yakin Malaysia akan terus menjadi hab digital pilihan," katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh pihak Xsolla.
Dalam pada itu, Xsolla menyifatkan pengembangan itu membolehkannya menawarkan lebih banyak produk inovatif kepada lebih banyak syarikat permainan di serata dunia.
"Xsolla menawarkan penyelesaian industri bagi membantu pemaju segmen mudah alih, komputer peribadi dan permainan video berasaskan laman sesawang mengembangkan audiens serta meningkatkan penjanaan keuntungan daripada permainan.
"Langkah pengembangan ke Kuala Lumpur juga seiring dengan peningkatan bilangan syarikat-syarikat permainan mudah alih ke Asia. Ini membolehkan Xsolla menawarkan produk yang selari dengan keperluan pasaran selain membantu rakan niaga kami berurusan terus dengan pengguna," katanya.
Syarikat itu membantu pemaju permainan video dari segi pembiayaan, pelancaran, pasaran, menjana keuntungan dan menjual permainan mereka ke lebih 200 negara di seluruh dunia.
"Setakat ini, kami membantu pemaju mendapat akses kepada pemain baharu menerusi transaksi dalam lebih daripada 130 mata wang serta lebih 20 bahasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Xsolla melebarkan sayap ke Malaysia dengan pejabat global terbesar di luar Los Angeles bagi merebut peluang dalam pasaran permainan tempatan yang kian berkembang. -Twitter
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Xsolla buka pejabat baharu di KL, teroka pasaran permainan bernilai AS$800 juta
Chris Hewish berkata ini juga sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai pasaran permainan ketiga terbesar di Asia.