awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kumpulan KTMB umum pelantikan Azlan Shah Al Bakri sebagai CEO baharu
Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden serangan terbaharu di Selatan Thailand
10 termasuk tiga wanita ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YTL Power memperlihatkan keupayaan AI Malaysia semasa lawatan ke Afrika Selatan

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
24/11/2025
02:20 MYT
YTL Power memperlihatkan keupayaan AI Malaysia semasa lawatan ke Afrika Selatan
Pengarah Urusan YTL Power, Datuk Seri Yeoh Seok Hong mengetuai delegasi YTL Power berjumpa dengan Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa seiring lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke republik itu. - Foto YTL Power
YTL Power International Berhad menonjolkan kemajuan Malaysia dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan keupayaan pusat data semasa lawatan delegasi perniagaan ke Afrika Selatan.

Ringkasan AI
  • YTL Power International Berhad menunjukkan kemajuan Malaysia dalam bidang kecerdasan buatan (AI) semasa lawatan delegasi perniagaan ke Afrika Selatan.
  • Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, menyatakan minat terhadap perkembangan Malaysia sebagai hab AI yang sedang meningkat naik.
  • Delegasi perniagaan Malaysia mempamerkan teknologi tempatan seperti model bahasa besar (LLM) dan Ryt Bank kepada Afrika Selatan yang menyebabkan minat dan keinginan untuk memahami teknologi tersebut.

Pengarah Eksekutif Yeoh Keong Hann berkata lawatan tersebut susulan perbincangan awal di Kuala Lumpur semasa Sidang Kemuncak ASEAN, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.
Menurut Yeoh, Ramaphosa telah menyatakan minat terhadap perkembangan Malaysia sebagai hab AI yang sedang meningkat naik.
Beliau berkata demikian kepada media sebagai sebahagian daripada delegasi perniagaan yang menyertai lawatan rasmi dan kerja Perdana Menteri ke benua Afrika.
Yeoh turut berkata delegasi itu telah mempamerkan Ilmu, model bahasa besar (LLM) yang dibangunkan secara tempatan di Malaysia, serta Ryt Bank yang merupakan bank digital berasaskan AI yang dibina sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.
“Mereka agak teruja dan terkejut bahawa ia merupakan teknologi buatan Malaysia sepenuhnya,” katanya, sambil menambah bahawa pegawai Afrika Selatan ingin memahami bagaimana teknologi sama boleh dibawa masuk ke negara mereka.
Menurut Yeoh, Afrika Selatan mahu bergerak pantas, dengan kedua-dua pihak kini membincangkan garis masa untuk tindakan susulan.
Beliau turut menyifatkan lawatan ke Afrika Selatan itu sebagai bermanfaat dengan menonjolkan pendedahan dan peluang yang tercetus hasil keputusan Perdana Menteri membawa syarikat-syarikat Malaysia dalam misi tersebut.
“Kami sangat teruja melihat lebih banyak peluang perniagaan yang boleh dibawa pulang dan benar-benar membangunkan ekosistem AI di Malaysia,” katanya.
Topic Berkaitan
#YTL Power
#Yeoh Keong Hann
#Malaysia sebagai hab AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan