Zaman Malaysia Airlines (MAS) sebagai syarikat penerbangan legasi bagi Malaysia telah berakhir, dan MAS yang sedang menjalani penstrukturan semula kini perlu beroperasi sebagai entiti perniagaan sepenuhnya, kata bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.
Menurut beliau walaupun segelintir pihak berkemungkinan masih emosi mengenai MAS sebagai syarikat penerbangan legasi, sentimen ini tidak perlu pada masa kini disebabkan realiti persaingan yang semakin sengit dalam industri penerbangan.
"Kita tidak boleh lagi berfikir ditakuk lama untuk terus mengekalkan MAS sebagai syarikat penerbangan legasi, tetapi perlu menjadikannya sebagai entiti komersial, bersaing secara agresif dalam dunia perniagaan, berorientasikan keuntungan, katanya kepada Bernama apabila ditanya mengenai harapan beliau kepada syarikat baharu, Malaysia Airlines berhad (MAB), yang mengambil alih syarikat penerbangan tersebut bermula 1 Sept lepas.
"Saya percaya ini sangatlah kritikal, ia amat bergantung kepada sama ada kita bersedia atau tidak untuk bersaing hebat di pasaran. Tetapi jika kita hanya ingin mengekalkan MAS seperti dahulu kala, itu mungkin menjadi cerita yang berbeza dan ia agak sukar di sebalik situasi semasa yang mencabar, kata beliau.
Ong menjelaskan bahawa syarikat penerbangan legasi memerlukan kerajaan membelanjakan jumlah subsidi yang besar semata-mata untuk memastikan MAS terus beroperasi seperti dilakukan sejak beberapa tahun lalu, dan itu "tidak lain tidak bukan adalah duit rakyat," dan Malaysia tidak lagi berupaya untuk berbuat sedemikian, tambah beliau.
"MAS yang baharu ini tidak boleh lagi dianggap sebagai syarikat penerbangan legasi tetapi perlu berpaksikan keuntungan seperti syarikat-syarikat penerbangan lain di rantau ini seperti Japan Airlines (JAL) dan Garuda Indonesia.
Syarikat penerbangan legasi adalah milik masa silam dan bukan bagi abad ke-21, kata Ong.
Menurut Ong MAS Baharu bakal menghadapi cabaran mendatang yang semakin sengit dan sukar berikutan pelaksanaan Polisi Langit Terbuka Asean yang telah dipersetujui oleh negara-negara Asean pada 2009 ketika beliau menjadi Menteri Pengangkutan.
"Berdasarkan senario sebegini, saya berpendapat MAS Baharu dengan kumpulan pengurusan dan strategi baharu akan berupaya untuk berdaya saing dalam situasi pasaran baharu tersebut.
MAS telah menjalani penstrukturan semula secara menyeluruh dan kesungguhan mereka dalam mengurangkan pekerja dan berusaha untuk mengubah budaya kerja dengan konsep pemasaran baharu di bawah pimpinan Christoph Mueller, Ketua Pegawai Eksekutifnya," tambah beliau.
Beliau yakin kesemua ini akan meletakkan entiti baharu ini pada landasan kukuh, setelah membuang masalah-masalah lama.
Tetapi beliau juga memberi amaran, langkah ini tidak menjamin kejayaan.
"Anda mungkin mempunyai pelan yang canggih, dan teliti dalam segala aspek tetapi pada masa sama perlu mempunyai dedikasi dah kesungguhan untuk melaksanakannya, bukan sahaja di peringkat atasan, malah keseluruhan tenaga kerja. Itu penting. Dan masih terlalu awal bagi sesiapa untuk menilai sama ada pelan ini akan berjaya atau sebaliknya."
Mengulas mengenai laluan baharu, Ong berpendapat langkah MAB membatalkan laluan-laluan yang merugikan tidak boleh hanya berdasarkan kepada prestasi untung dan rugi MAS lama.
"Sebaliknya, kajian perbandingan antara MAS lama dengan pesaing-pesaing yang menggunakan laluan yang sama perlu dipertimbangkan kerana ia boleh menjadi penanda aras kepada langkah drastik seperti membatalkan laluan-laluan udara tersebut.
"Tanpa kaji selidik yang teliti, pembatalan laluan-laluan udara dikhuatiri akan menyebabkan kita melepaskan laluan-laluan yang sukar untuk kita peroleh hak pendaratan daripada pihak berkuasa kerana kita telah bekerja keras untuk berunding dengan pihak-pihak berkuasa luar negara bagi mendapatkan hak pendaratan pada masa lepas, kata beliau.
Beliau menjelaskan hak-hak pendaratan bukanlah sesuatu yang perlu dibuang atau ditinggalkan sewenang-wenangnya.
"Pada masa sama, laluan udara baharu juga perlu diterokai secara terperinci supaya MAB berupaya memperoleh lebih banyak laluan ke destinasi-destinasi baharu. Ini perlu dipertimbang memandangkan agenda utama MAS Baharu adalah untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan juga mencatat keuntungan."
Ditanya mengenai 6,000 pekerja yang dilepaskan di bawah pelan pengurangan pekerja, Ong berkata: "Saya tetap berpendapat langkah mengurangkan pekerja perlu dilaksanakan, walaupun ia satu keputusan sukar tetapi langkah pemberhentian pekerja ini patut merangkumi pihak pengurusan dan bawahan, seperti yang telah dilaksanakan MAS.
Menyentuh mengenai rancangan pihak pengurusan baharu untuk membentuk semula budaya kerja di MAB, beliau berpendapat mengubah budaya adalah satu ujian besar kepada pihak pengurusan kerana memandangkan amat sukar untuk mengubah "tabiat-tabiat lama".
"Perlu ada orang baharu untuk membentuk semula budaya baharu. Tetapi pada sudut yang lain, pembentukan budaya baharu perlukan satu imbangan yang bersesuaian dalam menguruskan tenaga kerja sedia ada.
Kakitangan MAB perlu diberi pemahaman bahawa masa depan mereka bergantung dan berkait rapat dengan keseluruhan entiti. Jika MAS Baharu mempunyai masa depan yang cerah, maka pekerjaan mereka lebih terjamin dalam entiti baharu dan sebaliknya.
Bekas Menteri Pengangkutan tersebut juga beranggapan bahawa pihak pengurusan baharu juga tentu mengharapkan bahawa MAB bebas daripada campur tangan politik sekali gus memudahkan pengurusan syarikat penerbangan berkenaan.
"Tetapi kita tunggu dan lihat sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengembalikan syarikat penerbangan negara ke landasan keuntungan tanpa campur tangan politik," kata beliau mengakhiri temu ramah.
Bernama
Thu Oct 01 2015
TEE KEAT: Kita tidak boleh lagi berfikir ditakuk lama untuk terus mengekalkan MAS sebagai syarikat penerbangan legasi, tetapi perlu menjadikannya sebagai entiti komersial, bersaing secara agresif. - Gambar Fail
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
China arahkan Apple keluarkan WhatsApp dan Thread daripada App Store
Kerajaan China mengarahkan Apple untuk mengeluarkan aplikasi Whatsapp dan Threads daripada App store China.
Empat pelari terlibat kontroversi dilucut pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat, lapor Xinhua.
ASEAN gesa patuhi konsensus lima perkara
Negara-negara anggota ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap ketegangan yang berlaku di Myawaddy, Kayin State yang terletak di sempadan Myanmar-Thailand, serta di Rakhine State, Myanmar.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
ASEAN berkata, ia ingin menegaskan semula komitmen untuk membantu Myanmar mencari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan penuh Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui sebelum ini.
Setiap parti politik ada kaedah sendiri – Zahid
Setiap parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai kaedah sendiri untuk membantu memenangkan calon mereka pada Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu, bulan depan.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai kenyataan MCA tidak akan berkempen pada PRK itu.
Masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk beri semangat
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih setia bersama parti itu meskipun ada mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Bekas Bendahari UMNO Selangor itu berkata, kritikan yang dibuatnya sebelum ini adalah berbentuk konstruktif dan hanya ingin membakar semangat parti itu.
Titah Addendum: Anwar enggan terlibat, itu bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan YDP Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Anwar berkata, ini kerana perkara itu merupakan di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dan juga melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.
Giat Mara Bagan Datuk naik taraf jadi kampus MCI
Giat Mara Bagan Datuk telah dinaik taraf menjadi kampus Malaysia-China Institute (MCI) bagi melatih pelajar tempatan di dalam bidang Latihan Teknikal Dan Vokasional Malaysia (TVET) sebelum di hantar ke China.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sejajar dengan itu, keluasan institusi berkenaan serta fasiliti akan ditambah.
Malaysia Airlines sambung semula penerbangan laluan Sabah, Sarawak, Labuan
Malaysia Airlines telah menyambung semula penerbangan ke dan dari Sabah, Sarawak dan Labuan secara berperingkat sejak petang semalam (18 April) susulan keadaan semasa cuaca.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
MAS ubah laluan penerbangan, elak ruang udara Iran dan ketegangan di Asia Barat
Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.
Malaysia Airlines jalin kerjasama dengan Man Utd sebagai rakan penerbangan komersial rasmi
MAS dalam usaha penting untuk meningkatkan jangkauan global, memeterai perkongsian strategik berbilang tahun dengan kelab bola sepak Manchester United (Man Utd).
Malaysia Airlines, Google bekerjasama pacu pelancongan
Malaysia Airlines dan Google bekerjasama untuk memacu peningkatan Malaysia sebagai destinasi pelancongan peringkat teratas.
Tourism Malaysia promosi produk 'niche' di OTM 2024
Tourism Malaysia mempromosikan beberapa produk khusus atau "niche" pada pameran pelancongan terbesar India, Outbound Travel Mart (OTM) 2024 yang berlangsung di Mumbai bermula 8 Feb hingga esok.
Malaysia Airlines perkenal MHrail, tawar peluang teroka Seoul, London
Ia turut mengumumkan pengembangan kerjasama dengan AccesRail, pembekal terkemuka dunia bagi rumusan antara kereta api udara.
Malaysia Airlines tambah penerbangan semasa Tahun Baharu Cina
Malaysia Airlines menambah jadual penerbangannya berikutan permintaan perjalanan yang meningkat semasa Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah akan datang bermula Februari hingga Mac 2024.
'Belajar di awan biru', Pusat Pendidikan Berterusan UM perkenal akses dalam kabin Malaysia Airlines
Hasil inisiatif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya, kini orang ramai boleh mengakses pembelajaran di mana sahaja termasuk di dalam pesawat.
Penerbangan Malaysia Airlines ke, dari Chennai dibatalkan hari ini
Malaysia Airlines mengumumkan penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Chennai, India telah dibatalkan kerana Lapangan Terbang Chennai (MAA) ditutup akibat banjir.