Zurich Insurance Malaysia yakin asas ekonomi negara masih kukuh dan ketidaktentuan semasa termasuk kejatuhan nilai ringgit hanya bersifat sementara.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Philip Smith berkata fokus syarikat itu terhadap Malaysia tidak berubah dengan sasaran menggandakan pendapatan dalam tempoh tiga ke lima tahun.
"Pandangan korporat kami terhadap Malaysia tidak berubah kerana kejatuhan matawang hanya sementara.
"Tumpuan kami dalam keadaan semasa adalah mewujudkan fleksibiliti dan meletakkan produk kami pada kedudukan betul untuk bertindak balas terhadap kesan ekonomi yang sementara," kata Smith pada sidang media selepas pelancaran produk Optimuz oleh syarikat.
Turut hadir adalah Pengerusi SME Corp, Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid.
Smith berkata Optimuz menumpukan kepada segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi pakej insurans lengkap merangkumi insurans am dan hayat.
Ia menawarkan sehingga 11 segmen perlindungan dengan insurans kebakaran sebagai perlindungan utama sementara sepuluh segmen lain dikategorikan di bawah Insurans Am dengan satu Insurans Hayat berkumpulan.
Menurut Presiden Insurans Am Zurich David Fike, syarikat yakin mampu menarik minat PKS memandangkan saiz PKS yang besar di Malaysia dengan anggaran lebih 600,000.
"Zurich kini mempunyai lebih 20 ribu PKS melanggan insurans kami," katanya.
Sementara itu Smith berkata syarikat mempertimbangkan Gabungan dan Pengambilalihan (M&A) untuk pengembangan namun setakat ini masih belum melakukan sebarang perbincangan berkaitan perkara tersebut.
Dalam pada itu, Mohamed Al Amin berkata pertumbuhan PKS diramal kekal kukuh tahun ini berdasarkan prestasi cemerlang tahun lepas pada 6 ke 7 peratus.
"Ia melebihi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.
Beliau menambah PKS Malaysia mampu berdepan ketidaktentuan kelemahan ringgit pada masa kini.
Najib Aroff
Wed Sep 02 2015
Pandangan Zurich Insurance Malaysia terhadap Malaysia tidak berubah kerana kejatuhan nilai matawang ringgit disifatkan hanya sementara. - Gambar Fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Jing Yi bakal terlepas peluang beraksi di Olimpik - Mohamed Al Amin
Seandainya kecederaan yang dialaminya Sabtu lepas gagal pulih, nama Jing Yi terpaksa diketepikan biarpun sudah layak secara merit.
Marina Chin dilantik CDM Sukan Sea 2017
Bekas ratu trek negara, Datuk Marina Chin dilantik sebagai Chef de Mission (CDM) Sukan SEA Malaysia 2017 manakala Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid pula untuk Sukan Olimpik 2016 di Rio de Ja
Ketidaktentuan ekonomi bukan halangan kepada PKS
Pertumbuhan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) diramal kukuh melepasi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini.
Zurich Insurance lihat pelaburan jangka panjang, tidak fokus kelemahan ringgit
Zurich Insurance Malaysia yakin asas ekonomi negara masih kukuh dan ketidaktentuan semasa termasuk kejatuhan nilai ringgit hanya bersifat sementara.