MEKAH: Pemerintah Arab Saudi pada Ahad memaklumkan, seramai lebih 1,300 jemaah meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah itu pada tahun ini - dengan "banyak kes" kematian akibat suhu panas melampau dan perjalanan "tidak dibenarkan" menyumbang lebih empat daripada lima kematian.
“Sistem kesihatan menangani banyak kes suhu panas melampau tahun ini, dengan beberapa individu masih dalam penjagaan. Malangnya, jumlah kematian mencecah 1,301,” kata kerajaan Saudi dalam satu kenyataan ketika mengeluarkan angka rasmi pertamanya.
Kenyataan itu berkata 83 peratus daripada mereka yang meninggal dunia "tidak dibenarkan menunaikan haji" dan "berjalan jauh di bawah cahaya matahari langsung, tanpa tempat tinggal atau keselesaan yang mencukupi
"Terdapat beberapa orang tua dan pesakit kronik dalam kalangan mangsa yang meninggal dunia,” jelas kenyataan itu sambil memaklumkan keluarga kesemua yang meninggal dunia telah dikenal pasti.
Cuaca panas melampau disebut sebagai faktor utama di sebalik ratusan kematian dan kecederaan yang dilaporkan tahun ini semasa menunaikan haji.
Mekah, kota suci yang menjadi pusat bagi jemaah haji, menyaksikan suhu meningkat kepada 51.8 darjah selsius yang mencatat rekod pada Isnin 17 Jun.
Pelbagai pihak berkuasa juga berkata masalah itu ditambah lagi dengan jumlah ziarah tidak rasmi.
Arab Saudi mewajibkan setiap jemaah haji memperoleh permit khas untuk mengakses Mekah secara sah dengan kos beberapa ribu dolar AS.
Jemaah haji yang tidak berlesen biasanya tidak melakukan perjalanan dalam bas pelancongan yang teratur dengan penghawa dingin atau akses mudah kepada bekalan air dan makanan.
Kerajaan Saudi turut menyenaraikan kemasukan secara tidak sah jemaah menjadi faktor kenapa masa terlalu lama diambil untuk mengeluarkan angka kematian rasmi kerana ini telah merumitkan proses pengecaman.
“Proses mengenal pasti mangsa selesai walaupun awal kekurangan maklumat peribadi atau dokumen pengenalan. Proses yang betul diikuti untuk pengecaman, pengebumian dan penghormatan ke atas si mati dengan sijil kematian disediakan,” kata kenyataan itu lagi.
Sejumlah jemaah haji merungut mengenai infrastruktur dan penganjuran haji tahun ini yang didakwa mereka lemah.
Malah sebilangan jemaah haji pula menghabiskan sebahagian besar hari mereka berjalan di luar dalam cuaca panas yang terik.
Beberapa saksi memberitahu CNN bagaimana mereka melihat jemaah tidak sedarkan diri dan berjalan melepasi mayat yang ditutupi kain putih.
Mesir sekat ‘haji haram’
Pengumuman Arab Saudi itu dibuat ketika kerajaan Mesir berikrar untuk membatalkan lesen 16 syarikat pelancongan haji yang terlibat dalam melakukan haji haram ke Mekah dan merujuk pengurus syarikat itu kepada pendakwa raya di tengah-tengah kebimbangan ratusan rakyat Mesir adalah antara yang maut.
Keputusan Mesir dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada hari Sabtu selepas laporan menonjolkan sifat meragukan bagaimana beberapa syarikat pelancongan beroperasi.
Angka rasmi dalam kalangan rakyat Mesir berjumlah 31 orang, tetapi dilaporkan oleh agensi berita Reuters dan saluran lain bahawa seramai 500 hingga 600 rakyat Mesir meninggal dunia semasa menunaikan haji.
Laporan itu yang disemak oleh Kabinet berkata, beberapa pengendali tidak mengeluarkan visa yang betul menyebabkan pemegangnya tidak boleh memasuki kota suci Mekah dan sebaliknya terpaksa masuk "melalui laluan padang pasir dengan berjalan kaki."
Bahkan, mereka turut menuduh beberapa syarikat gagal menyediakan penginapan yang sewajarnya, menyebabkan pelancong terdedah kepada panas.
Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga jemaah haji yang meninggal dunia serta komited untuk menyediakan mereka dengan sokongan yang diperlukan.
Permit haji diperuntukkan kepada negara yang menggunakan sistem kuota dan Arab Saudi mewajibkan setiap jemaah haji memperoleh satu daripada 1.8 juta lesen yang tersedia untuk mengakses Mekah secara sah. - CNN
Agensi
Sun Jun 23 2024
Pemerintah Arab Saudi pada Ahad memaklumkan, seramai lebih 1,300 jemaah meninggal dunia semasa mengerjakan ibadah itu pada tahun ini. - Gambar fail REUTERS
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.
Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.
Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.