ARENA bola sepak Thailand melakar sejarah tersendiri apabila menyaksikan buat pertama kali wanita mengemudi jawatan utama dalam Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Madam Pang, atau nama sebenarnya Nualphan Lamsam, diumum sebagai Presiden FAT ke-18 selepas menewaskan empat lagi pencabarnya untuk jawatan penting itu.

Kenali siapa Madam Pang:
  1. Madam Pang berusia 57 tahun dan merupakan seorang jutawan.
     
  2. Dilahir di Bangkok, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Muang Thai Insurance.

     
  3. Membina kerjaya bola sepak selama 16 tahun termasuk sebagai pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Thailand.
     
  4. Beliiau mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Somyot Poompanmoung, yang meletak jawatan berikutan prestasi buruk pasukan kebangsaan.

    Foto: Facebook Madam Pang
     
  5. Nualphan ialah keturunan generasi kelima daripada keluarga Lamsam. Beliau merupakan anak kepada Photipong Lamsam, iaitu ahli politik Parti Demokrat.
     
  6. Salah satu keluarga terkaya di Thailand, Lamsam lebih dikenali sebagai pengasas Bank Kasikorn - bank keempat terbesar di Thailand, dengan aset hampir AS$117 bilion.
     
  7. Merupakan ahli Parti Demokrat dan penolong setiausaha agung parti itu dari 2006 hingga 2016.
     
  8. Melangsungkan perkahwinan pertama dengan Pengerusi Sittipol Sales Co dan German Auto Co, Vachara Phanchet. Pasangan ini bercerai pada awal 2005 dan memiliki seorang anak perempuan, Nuanwan Phanchet. Beliau kemudian berkahwin dengan Kolonel Polis Narat Sawettananas pada 19 Januari 2014.

    Foto: Facebook Madam Pang
     
  9. Nualphan pernah menawarkan AS$61,000 untuk memberi insentif kepada pasukan bola sepak wanita Thailand untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia Wanita Fifa 2023.
     
  10. Dalam temu bual bersama Bangkok Post, Madam Pang berkongsi rahsia kelihatan tampak muda iaitu dengan pengambilan air yang banyak dan menjauhkan diri daripada alkohol.