Skip to main content

Dunia

10 hari gelombang haba, Portugal aktifkan pelan kontingensi hospital

51672802945_PORTUGAL.jpg
Sistem penjagaan kesihatan negara bersedia untuk bertindak balas terhadap kesan haba melampau. - Gambar fail
Advertisement

LISBON: Hospital di seluruh Portugal mengaktifkan pelan kontingensi tahap terendah menjelang gelombang haba yang dijangka boleh berlarutan sehingga 10 hari, kata Menteri Kesihatan Ana Paula Martins pada Selasa, lapor Xinhua.

Menteri itu berkata sistem penjagaan kesihatan negara bersedia untuk bertindak balas terhadap kesan haba melampau dan memberi amaran bahawa suhu yang sangat tinggi boleh meningkatkan kematian.

Menurut Institut Laut dan Atmosfera Portugis (IPMA), cuaca panas semasa dijangka berkembang menjadi gelombang haba yang berlarutan antara lapan hingga 10 hari, dengan suhu maksimum antara 35 hingga 44 darjah Celsius di kebanyakan tempat di negara itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement