UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

10 minit yang bermakna, akhirnya Shah Rukh Khan 'bertemu' Aryan

Selepas dua belas hari, akhirnya bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya 'bertemu' anak sulung mereka, Aryan Khan menerusi panggilan video.

Agensi
Fri Oct 15 2021
10 minit yang bermakna, akhirnya Shah Rukh Khan 'bertemu' Aryan
Aryan Khan ditempatkan di Penjara Arthur Road mulai Khamis lalu selepas menjalani tempoh kuarantin dan disahkan negatif COVID-19. - Gambar fail/AP
MUMBAI: Selepas dua belas hari, akhirnya bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dan isterinya 'bertemu' anak sulung mereka, Aryan Khan yang ditahan dalam satu serbuan 2 Oktober lalu di atas sebuah kapal persiaran di Mumbai, India menerusi panggilan video.

Lapor media tempatan, anak pasangan itu kini ditempatkan di Penjara Arthur Road mulai Khamis lalu berkaitan kes dadah selepas menjalani tempoh kuarantin dan disahkan negatif COVID-19.

Kaedah pertemuan dengan cara panggilan video itu diperkenalkan di kebanyakan penjara di India sejak pandemik COVID-19 melanda sebagai keadah alternatif bagi membolehkan banduan berkomunikasi dengan keluarga mereka dan peguam.

Difahamkan perbualan tiga beranak itu mengambil masa kira-kira 10 minit.

Namun demikian tiada sebarang perincian lanjut mengenai perbualan itu.

BACA: Aryan, anak Shah Rukh Khan sudah berjinak dengan dadah sejak empat tahun lalu?

BACA: Permohonan jaminan anak Shah Rukh Khan ditolak, Aryan dihantar ke Penjara Arthur

Perkara itu disahkan oleh pegawai kanan penjara itu namun enggan namanya didedahkan.

Mengikut  prosedur, sebelum ini, setiap penghuni penjara yang sedang menjalani perbicaraan dibenarkan untuk berkomunikasi dengan keluarga atau peguam mereka sekurang-kurangnya dua atau tiga kali setiap bulan.

Setakat hari ini, Penjara Arthur Road dibekalkan 11 telefon pintar bagi membolehkan banduan berkomunikasi dengan pihak luar.

Penjara Arthur Road kini menjadi 'rumah sementara' kepada Aryan Khan, 23, dan rakan-rakannya yang turut ditahan dalam serbuan tempoh 8 Oktober lalu selepas mahkamah menolak permohonan ikat jamin.

Berikut kronologi kejadian penahanan Aryan Khan:

 
2 Oktober - Aryan Khan ditahan Biro Kawalan Narkotik (NCB) ketika melakukan serbuan di atas Cordelia ketika kapal itu berlayar menuju ke Goa.
 
3 Oktober - Dihadapkan ke mahkamah. Mahkamah tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu tidak boleh dijamin.
 
8 Oktober - Mahkamah sekali lagi menolak permohonan peguam bela Aryan Khan untuk diikat jamin, Aryan terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur.
 
11 Oktober - Mahkamah menetapkan 13 Oktober untuk tarikh pendengaran selepas NCB memohon sedikit masa lagi untuk melengkapkan siasatan serta memohon agar jaminan tidak dibenarkan kerana dikhuatiri menganggu siasatan.
 
13 Oktober - Mahkamah menangguhkan pendengaran kepada 14 Oktober.
 
14 Oktober - Mahkamah sekali lagi menolak permohonan jaminan dan Aryan Khan dihantar ke Penjara Arthur Road selepas menjalani kuarantin dan disahkan negatif COVID-19. Permohonan semula jaminan akan didengar Rabu depan (20 Oktober).

 

#Aryan Khan#Shah Rukh Khan#penjara#Dadah
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini

Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini

Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi

Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan

90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan

Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan

Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan

Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat

El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel

Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel

Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander

Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander

Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram:  Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna

Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna

Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital

Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM

Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM

Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Shah Rukh Khan didakwa beri 'duit kopi' RM13 juta gugur kes dadah anak

Shah Rukh Khan didakwa beri 'duit kopi' RM13 juta gugur kes dadah anak

SRK dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.
Muncul parti hari lahir berantai salib, netizen keliru apa agama Aryan Khan sebenarnya?

Muncul parti hari lahir berantai salib, netizen keliru apa agama Aryan Khan sebenarnya?

Sebelum ini, ibunya Gauri Khan memberitahu Aryan akan mengikut fahaman agama Shah Rukh Khan iaitu Islam.
Selepas dua bulan 'berehat' tidak jaga berat badan, Shah Rukh Khan kembali ke gimnasium

Selepas dua bulan 'berehat' tidak jaga berat badan, Shah Rukh Khan kembali ke gimnasium

Sejak beberapa bulan lalu, Shah Rukh Khan terlalu sibuk dengan proses undang-undang dan terpaksa melupakan komitmen profesionalnya.
Shah Rukh Khan dinasihat saman Biro Kawalan Narkotik susulan tiada bukti anaknya terlibat dalam dadah

Shah Rukh Khan dinasihat saman Biro Kawalan Narkotik susulan tiada bukti anaknya terlibat dalam dadah

Pengarah NCB, Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah tersebut dijangka disaman oleh superstar Bollywood itu.
Selepas anak ditahan kerana dadah, ini permintaan khas Shah Rukh Khan kepada syarikat produksi

Selepas anak ditahan kerana dadah, ini permintaan khas Shah Rukh Khan kepada syarikat produksi

Shah Rukh Khan minta kerjasama pihak produksi untuk menyusun jadual yang membolehkannya bertemu keluarga selang beberapa minggu untuk beberapa hari.
Anak Shah Rukh Khan berubah jadi pendiam, antisosial selepas keluar penjara

Anak Shah Rukh Khan berubah jadi pendiam, antisosial selepas keluar penjara

Aryan Khan lebih banyak menyendiri dengan menghabiskan masa di bilik serta enggan bertemu rakan-rakannya.
Ini 4 rutin baharu Shah Rukh Khan, Gauri selepas Aryan Khan bebas penjara

Ini 4 rutin baharu Shah Rukh Khan, Gauri selepas Aryan Khan bebas penjara

Bagi Shah Rukh dan isteri, Gauri Khan, mereka bakal melakukan beberapa perkara ini kepada Aryan kelak.
Anak Shah Rukh Khan kembali ke rumah, sambutan meriah rai kepulangan Aryan

Anak Shah Rukh Khan kembali ke rumah, sambutan meriah rai kepulangan Aryan

Pelakon terkenal yang juga rakan terdekat keluarga Shah Rukh Khan, Juhi Chawla dilaporkan menjadi penjamin bagi pembebasan Aryan Khan.
Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran

Air mata Shah Rukh Khan tumpah akhirnya, 25 hari menanti dalam debaran

Hero Bollywood itu menitiskan air mata kegembiraan selepas mahkamah membenarkan permohonan ikat jamin terhadap anaknya, Aryan Khan.
Mahkamah benar anak Shah Rukh Khan diikat jamin

Mahkamah benar anak Shah Rukh Khan diikat jamin

Aryan ditahan dalam keadaan penuh kontroversi bersama beberapa lagi orang oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) di Mumbai pada awal bulan ini.