awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,000 terkorban akibat tanah runtuh di Sudan

Agensi
Agensi
02/09/2025
02:20 MYT
1,000 terkorban akibat tanah runtuh di Sudan
Tanah runtuh yang memusnahkan sebuah perkampungan di kawasan Pergunungan Marra, barat Sudan berlaku pada 31 Ogos lalu susulan hujan lebat berterusan selama beberapa hari. - Gambar media sosial
KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 1,000 orang dilaporkan maut dalam kejadian tanah runtuh yang memusnahkan sebuah perkampungan di kawasan Pergunungan Marra, barat Sudan.
Hanya seorang mangsa dilaporkan terselamat.
Menurut kenyataan Pergerakan Pembebasan Sudan (SLM/A) yang diketuai Abdelwahid Mohamed Nour, kejadian itu berlaku pada 31 Ogos lalu susulan hujan lebat berterusan selama beberapa hari.
Kumpulan itu, yang menguasai kawasan berkenaan di rantau Darfur merayu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta agensi bantuan antarabangsa supaya membantu operasi mencari dan mengeluarkan mayat mangsa, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.
“Perkampungan itu kini musnah sepenuhnya,” menurut kenyataan berkenaan.
Difahamkan, ramai penduduk yang terbunuh merupakan pelarian yang melarikan diri daripada konflik antara tentera Sudan dan pasukan separa tentera, Pasukan Sokongan Pantas (RSF), yang sedang memuncak di negeri Darfur Utara.
Mereka berpindah ke kawasan Pergunungan Marra, meskipun di situ bekalan makanan dan ubat-ubatan sangat terhad.
Sudan kini berdepan perang saudara berlarutan lebih dua tahun, menyebabkan lebih separuh daripada populasinya berisiko kebuluran, manakala jutaan lagi hilang tempat tinggal.
Dalam pada itu, ibu negeri Darfur Utara, Al-Fashir, terus menjadi medan pertempuran sengit antara kedua-dua pihak bertelagah dengan kawasan itu kini dibedil hebat. - Agensi
Topic Berkaitan
#Sudan
#tanah runtuh
#Pergunungan Marra
#Pergerakan Pembebasan Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan