awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 lapangan terbang Jerman dijangka alami gangguan susulan mogok pada Isnin

Bernama
Bernama
07/03/2025
21:15 MYT
11 lapangan terbang Jerman dijangka alami gangguan susulan mogok pada Isnin
Jerman telah dilanda siri mogok dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila kesatuan sekerja cuba meningkatkan tekanan kepada Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan. - Gambar AP
FRANKFURT: Pekerja sektor awam dan kakitangan darat di 11 lapangan terbang Jerman, termasuk hab utama Frankfurt dan Munich, dijangka melancarkan mogok pada Isnin susulan pertikaian gaji yang berterusan, umum Kesatuan Sekerja Verdi, lapor agensi berita Jerman dpa.
Pekerja di Lapangan Terbang Berlin, serta di Hamburg, Stuttgart, Cologne/Bonn, Dusseldorf, Dortmund, Hanover, Bremen dan Leipzig-Halle turut dipanggil untuk menyertai tindakan perindustrian ini, bermakna para pelancong di semua lapangan terbang utama Jerman dijangka menghadapi gangguan.
Jerman telah dilanda siri mogok dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila kesatuan sekerja cuba meningkatkan tekanan kepada Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan menjelang pusingan ketiga rundingan mengenai perjanjian gaji kolektif yang melibatkan kira-kira 2.5 juta pekerja sektor awam.
Verdi menuntut kenaikan gaji sebanyak lapan peratus - bernilai sekurang-kurangnya EUR350 (AS$365) lebih sebulan - serta bonus yang lebih tinggi dan tiga hari cuti tambahan.
Sekitar 20,000 pekerja penjagaan kesihatan telah menyertai mogok pada Khamis, sementara pekerja tadika dijangka melancarkan mogok pada Jumaat.
Sebahagian besar pekerja Fraport, pengendali Lapangan Terbang Frankfurt, tertakluk kepada perjanjian gaji kolektif bagi pekerja sektor awam, bermakna mereka boleh menyertai tindakan perindustrian yang akan bermula pada tengah malam (2300 GMT Ahad).
Verdi turut menggesa kakitangan darat untuk mogok selama 24 jam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Jerman
#mogok
#pertikaian gaji
#kesatuan sekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan