KAMPALA: Sebelas individu termasuk kanak-kanak dilaporkan maut selepas api marak memusnahkan sebuah asrama yang menempatkan pelajar buta.
Memetik laporan The Manila Times, kejadian yang berlaku di sekolah orang buta Salama di daerah Mukono, Uganda itu berlaku awal pagi Selasa ketika kanak-kanak sedang tidur.
Dalam pada itu, pihak berkuasa Uganda memaklumkan di Twitter punca kebakaran masih belum dikenal pasti sehingga kini.
“Kejadian meragut 11 nyawa manakala enam orang berada di dalam kritikal di hospital,” tulis wakil agensi berkenaan.
Difahamkan, siasatan terperinci kini dilakukan untuk mengenal pasti punca sebenar tragedi yang meragut banyak nyawa.
Menteri Dalam Negeri Uganda, Jeneral Kahinda Otafiire memberitahu AFP majoriti mangsa yang maut di dalam tragedi itu merupakan kanak-kanak.
“Kami bersimpati atas apa yang telah berlaku. Sekolah itu telah dikepung sebagai “lokasi jenayah” dan kami berjanji akan menyiasat sehingga mendapat jawapan sebenar atas kejadian jenayah yang tidak sepatutnya berlaku. Pesalah akan berdepan dengan hukuman setimpal,” katanya.
Bapa salah seorang mangsa kebakaran, Richard Muhimba yang masih berduka atas kejadian memaklumkan tiada perkataan mampu diungkapkan menggambarkan kesedihan selepas kehilangan anak tersayang berusia 15 tahun.
““Saya baru sahaja melawat anak dia Sabtu lalu, dia dalam keadaan sihat dan tidak sampai tiga hari dia sudah tiada. Tolong beri saya masa untuk melalui fasa ini,” kata Muhimba, sebelum meletakkan telefon.
Untuk info, sekolah Salama dibina pada April 1999 oleh Kerajaan tempatan di Mukono dan menempatkan pelajar berusia antara enam hingga 25 tahun.
Faida Rahim
Wed Oct 26 2022
Pihak berkuasa Uganda memaklumkan di Twitter punca kebakaran masih belum dikenal pasti sehingga kini. - Foto REUTERS
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.
RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.
Jiran nampak percikan api pada kotak fius di rumah saya - Mangsa
Law yang tinggal di flat tersebut bersama ibunya berkata dia terkejut dengan kejadian itu setelah menghuni di rumah berkenaan sejak lahir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.
Lelaki selamatkan jiran dalam kebakaran meninggal dunia
Lelaki yang sanggup bergadai nyawa meredah api menyelamatkan keluarga jirannya dalam kebakaran rumah di Taman Merinding, di sini pada Khamis, disahkan meninggal dunia.
Wira APM melecur lalui pemulihan memeritkan
Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah kini terlantar kesakitan dan melalui fasa pemulihan yang memeritkan.
Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan
Mangsa kebakaran, Raja Norhanani Norabidin Shah berkata, akibat kejadian itu, mereka terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.
PM, Menteri Pertahanan salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rembau
Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong menerima bantuan kewangan daripada Anwar dan Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.
Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000
Ahmad Zahid berharap semoga bantuan yang diberikan dapat segera membantu keluarga yang terkesan.
Jeritan jiran selamatkan nyawa 17 penghuni
Jeritan seorang jiran berjaya menyelamatkan nyawa 17 penduduk dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kampung Pemuda Jaya, Jalan Seelong-Senai di sini terbakar pada Isnin.