Skip to main content

Dunia

11 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu Israel di Gaza

Palestinians mourn over the bodies of Hamas ,militants killed in an Israeli military strike, during their funeral at Nasser Hospital in Khan Younis, Gaza Sunday, Feb. 15, 2026. (AP Photo/Abdel Kareem Hana)
Penduduk Palestin meratapi jenazah pejuang Hamas yang terbunuh dalam serangan ketenteraan Israel, ketika upacara pengebumian di Hospital Nasser di Khan Younis, Gaza. - Foto AP

BANDARAYA GAZA: Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di seluruh Semenanjung Gaza, meskipun gencatan senjata masih berkuat kuasa, menurut sumber hospital.

Serangan menyasarkan deretan khemah pelarian di Kem Pelarian Jabalia, utara Gaza, mengorbankan sekurang-kurangnya lima orang.

Advertisement

Lima yang lain terbunuh dalam serangan di kawasan barat Khan Younis di selatan Gaza.

Dalam insiden berasingan, Sami al-Dahdouh, komander sayap bersenjata PIJ, dilaporkan maut dalam serangan di kawasan Tal al-Hawa, Bandaraya Gaza.

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem, mengecam tindakan itu sebagai “pembunuhan beramai-ramai baharu” dan satu peningkatan ketenteraan yang “jelas bertujuan memaksa realiti berdarah di lapangan” walaupun wujud perjanjian gencatan senjata.

Menurut pihak berkuasa Gaza, lebih 600 rakyat Palestin terbunuh sejak gencatan senjata yang dimediasi Amerika Syarikat (AS) dan Qatar bermula pada 10 Oktober 2025, manakala Israel didakwa melakukan lebih 1,620 pelanggaran gencatan dalam tempoh itu.

Israel pula menuduh Hamas turut melanggar perjanjian.

Serangan terbaharu ini berlaku ketika Presiden AS Donald Trump mengumumkan mesyuarat pertama Lembaga Keamanan bakal diadakan minggu ini di Washington, dengan ahlinya dilaporkan menjanjikan lebih AS$5 bilion bagi usaha membina semula Gaza.

 

Must Watch Video