awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
Monsun Barat Daya: Bekalan tanaman, ternakan terkawal - Mohamad
GAYA HIDUP
Diet Jepun mungkin bantu tangani gejala kemurungan - Kajian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

112 kanak-kanak dimasukkan ke hospital setiap hari di Gaza akibat kekurangan zat makanan

Bernama
Bernama
28/06/2025
10:21 MYT
Sponsor Banner
112 kanak-kanak dimasukkan ke hospital setiap hari di Gaza akibat kekurangan zat makanan
Situasi kemanusiaan di Gaza "melepasi tahap malapetaka", terutamanya akibat kesan dahsyat kepungan dan serangan ketenteraan Israel. - Reuters
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan kira-kira 112 kanak-kanak Palestin dimasukkan ke hospital setiap hari di Gaza akibat kekurangan zat makanan yang teruk, kesan langsung daripada sekatan berterusan dan serangan tentera Israel ke atas wilayah itu, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Dalam kenyataan media, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza telah "melepasi tahap malapetaka", sambil merujuk kepada kesan dahsyat akibat kepungan dan serangan ketenteraan Israel.
Beliau memaklumkan bahawa daripada 36 hospital di Semenanjung Gaza, hanya 17 yang beroperasi secara separa dan tidak ada yang berfungsi di utara Gaza dan Rafah di selatan - kawasan yang paling teruk terjejas akibat konflik yang berterusan.
Dr Tedros turut melaporkan sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh ketika cuba mendapatkan makanan di pusat agihan bantuan yang dikawal oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel, yang beroperasi di luar sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau menambah bahawa WHO dapat memasuki Gaza pada minggu ini buat pertama kali sejak 2 Mac, namun hanya dengan "kapasiti yang sangat terhad," sekali gus menggariskan kesukaran melampau yang dihadapi agensi kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Menurut Tedros, kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza di mana kebuluran, pemindahan paksa penduduk dan perkhidmatan kesihatan yang lumpuh mendorong orang awam -- khususnya kanak-kanak -- ke ambang kelangsungan hidup di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Kanak-kanak
#kekurangan zat
#kesihatan
#bantuan kemanusiaan
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami