MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Jun 2025.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah memberikan peringatan kepada pucuk pimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa peralatan serta persenjataan terkini adalah amat mustahak.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus melaksanakan pelbagai kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat tidak terperdaya dengan skim penipuan membabitkan urusan haji dan umrah.
Hanya lima rakyat Malaysia masih berada di Iran kerana pilihan sendiri, membabitkan empat pelajar dan seorang peniaga, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menyeru lebih ramai rakyat bukan bumiputera menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan jumlah penyertaan golongan itu masih rendah ketika ini.
Datuk Fahmi Fadzil menafikan dakwaan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli kononnya langkah kerajaan menyemak semula Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai reaksi tergesa-gesa.
Rusia menyatakan kesediaan dan bersetuju untuk terus bekerjasama dalam meningkatkan keupayaan Malaysia dari segi institusi, modal insan, teknikal, komersial dan perundangan bagi pembangunan teknologi tenaga nuklear negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Seorang pendaki warga Malaysia menjadi mangsa terbaharu kejadian kemalangan di Gunung Rinjani, Indonesia selepas dilaporkan terjatuh ketika dalam perjalanan menuju ke Danau Segara Anak, pada Jumaat.
Laporan hasil siasatan insiden letupan saluran gas Putra Heights, di Subang Jaya akan dibentangkan kepada umum Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Keamanan dan keharmonian dalam masyarakat ialah prasyarat penting untuk merealisasikan Maqasid Syariah serta memastikan kestabilan sesebuah negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Keamanan dan keharmonian dalam masyarakat ialah prasyarat penting untuk merealisasikan Maqasid Syariah serta memastikan kestabilan sesebuah negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami