awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 pemain bola sepak remaja Thailand jadi tumpuan media lagi

Astro Awani
Astro Awani
07/10/2018
21:58 MYT
12 pemain bola sepak remaja Thailand jadi tumpuan media lagi
Pasukan bola sepak remaja Thailand melawat stadium bersejarah 'Estadio Monumental', yang pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 1978 antara Argentina dan Belanda, di luar Sukan Olimpik Belia Buenos Aires, 7 Oktober 2018. (Foto AP)
Dua belas pemain bola sepak remaja Thailand dan jurulatih mereka yang terperangkap di dalam gua di negara itu sekali lagi mendapat perhatian media.
Kali ini pasukan yang dikenali sebagai 'Wild Boars' itu mengadakan perlawanan persahabatan pada Ahad menentang pasukan bola sepak belia River Plate dari Argentina.
Pada perlawanan tersebut, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang baik dengan keputusan berakhir seri 3-3.
Perlawanan persahabatan pada Ahad itu diadakan sehari sebelum upacara perasmian Sukan Olimpik Belia Buenos Aires yang berlangsung 6 hingga 18 Oktober di negara Amerika Selatan itu.
Hampir 4,000 atlet berusia antara 15 dan 18 tahun mengambil bahagian dalam acara sukan berkenaan.
BACA: Kronologi remaja Thailand sesat di gua
BACA: Penyelamat temui 12 remaja dan jurulatih bola sepak Thai yang hilang
BACA: Penyelam Thai maut dalam misi menyelamatkan pasukan bola sepak di gua
Pasukan remaja Thailand itu dikenali di seluruh dunia selepas terperangkap di dalam gua pada 23 Jun, sebelum berjaya diselamatkan 10 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Buenos Aires
#Gua
#perlawanan persahabatan
#remaja
#Sukan Olimpik Belia
#terperangkap
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan