Walaupun lebih sedekad selepas tragedi 11 September 2001, masih ramai termasuk pemimpin dunia dan berjuta-juta orang mengingati tragedi serangan ke atas Amerika Syarikat itu.

Di Amerika, beberapa upacara rasmi diadakan di New York dan Washington DC untuk memperingati hampir 3,000 orang daripada lebih 90 negara yang terkorban dalam serangan itu.

Di Washington DC, pada upacara peringatan ulang tahun ke-12 serangan 11 September itu, anggota kongres bertafakur sejenak , mengenang mangsa yang maut dalam kejadian tersebut.

Speaker dewan John Boehner mengetuai upacara peringatan itu.

Sementara itu satu majlis peringatan turut diadakan di Pentagon yang dihadiri Setiuasaha Pertahanan chuck hagel dan beberapa pegawai turus tentera yang lain.

Majlis peringatan itu diakhiri dengan upacara kalungan bunga oleh Presiden Barack Obama.

Pada masa sama White House turut mengarahkan supaya kawalan keselamatan diperketatkan di semua kemudahan Amerika di luar negara sempena sambutan ulang tahun itu.