Sejumlah 13 orang maut apabila sebuah pesawat pengangkutan ketenteraan Indonesia terhempas di timur negara itu pada Ahad, menambahkan lagi insiden seumpamanya yang melibatkan angkatan keselamatan republik itu.
Pesawat Hercules C-130 berlepas dari bandar Timika di Papua dengan membawa 12 anak kapal dan seorang penumpang, namun terhempas di wilayah pergunungan terpencil dekat Wamena ketika dijadualkan hendak mendarat, lapor AFP.
“Pemantau di daratan nampak pesawat itu pada jam 6.08 pagi waktu tempatan namun seminit kemudian ia hilang dari rangkaian perhubungan,” ujar Ketua angkatan tentera udara, Agus Supriatna.
Pesawat itu dijadual mendarat pada jam 6.13 pagi waktu tempatan.
Agus memperincikan, pesawat tersebut membawa tiga juruterbang, lapan juruteknik, seorang penunjuk arah dan seorang pegawai tentera, selain bekalan makanan dan simen.
Cuaca di kawasan tersebut memang sukar diramal, dan pesawat itu telah terbang masuk dan keluar daripada kepulan awan sebelum ia terhempas.
Pasukan pencari dan penyelamat berjaya mengesan lokasi nahas berdasarkan serpihan pesawat. Semua 13 mayat sudah ditemui, sementara Agus dan pasukan penyiasat sudah bergerak ke lokasi berkenaan.
Kejadian tersebut adalah yang terkini dalam siri nahas melibatkan tentera Indonesia.
November lalu, sebuah helikopter tentera yang terhempas mengorbankan tiga orang di Borneo, manakala pada Julai, tiga lagi maut selepas helikopter tentera menjunam ke kediaman awam di Pulau Jawa.
Kira-kira 12 orang terkorban pada Mac apabila sebuah lagi helikopter tentera terhempas dalam cuaca buruk di Sulawesi.
Namun, kejadian paling buruk adalah pada Jun 2015, apabila pesawat tentera udara Hercules C-130 terhempas ke kawasan kejiranan di Medan, hingga 142 nyawa terkorban selain menginggalkan kemusnahan teruk.
Agensi
Sun Dec 18 2016
Pasukan pencari dan penyelamat memeriksa keadaan di lokasi nahas pesawat di Wamena. - Foto AFP
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Chile pantau perkembangan pesawat Hercules bersama 38 penumpang hilang
Perdana Menteri Chile, Sebastian Pinera memaklumkan, beliau dan kementerian dalam negeri memantau rapi perkembangan sebuah pesawat kargo yang dilaporkan hilang pada Isnin.
13 maut pesawat tentera Indonesia terhempas di Papua
Pesawat berlepas dari bandar Timika di Papua namun terhempas di wilayah pergunungan terpencil ketika dijadualkan hendak mendarat.
Pesawat Hercules C-130 bawa pulang mangsa nahas di Chiang Mai
Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata pesawat itu dijangka berlepas ke sana dari Pangkalan TUDM Subang jam 5 petang ini.
Pesawat tentera Hercules mungkin terhempas kerana kegagalan enjin - Penyiasat
Pesawat tentera Hercules C-130 yang terhempas pada Selasa dan membunuh 142 orang kemungkinan besar ia mengalami kegagalan enjin.
91 korban nahas Hercules ditemui
Sebanyak 91 mangsa korban pesawat Hercules C-130 yang terhempas di Jalan Jamin Ginting, Medan sekitar jam 11:38 pagi Selasa telah ditemui.